 |
Bergambar sementara tunggu chief sampai |
Kayuhan ini sempena Test Food untuk SAXC MTB XC Challenge di Senai Air Port pada hari Ahad 24/11/13.
Sebelum kami test food dari Kak Aya, kami kena training dulu di trail Kota Masai. Berkumpul di rumah Kak Aya dan mula latihan pada jam 5.00 petang. Jarak kayuhan 12 km sahaja tapi memang kami layan bukit yang panjang-panjang saja la, training la katakan..
Maklumla kaum ibu-ibu nie kadang kala saja dapat membuat latihan off road nie, bila dapat peluang apa lagi meriahla dalam off road nie, banyak gak gambar bukti training kami. Kami tak dapat kayuh jauh disebabkan masa tak mencukupi jadi Dani memang bagi latihan Up Hill dan Down Hill je la.
Seramai lapan riders sahaja yang masuk off road yang lain-lain datang untuk test food sahaja di sebabkan tanggungjawab kerja,anak dan jarak. Setelah penat berkayuh kami di sajikan dengan hidangan kampung oleh Kak Aya. Siap dengan ulam, buah-buahan, bubur pulut hitam dan air bandung juga kopi apa lagi memang membuka selera kami , makan sampai tak tengok orang kalau mak mertua lalu pon tak nampak..
Kesimpulanya Test Food tu memang sedap, sesiapa yang rindukan masakan ibu dan kampung memang pilihan terbaik la. Selepas makan kami bersembang dan berbincang mengenai event yang akan kami sertai nanti. Memang meriah la suasana disini macam open house hari raya pula, semua dengan gelak ketawa dan cerita dan gaya masing-masing yang mencuit hati.
Terima kasih kepada Dani yang menjadi lead kami dan Kak Aya yang menyediakan hidangan yang sedap ini. Kalau ada kelapangan boleh la kita training di sini lagi..
 |
Baru naik bukit termengah-mengah pon sempat bergambar |
 |
training Up Hill |
 |
Chief dah tunggu tu.. |
 |
Eyahh...habis dah paling kecik gear dah.. |
 |
Semput naik bukit tapi bab gambar sempat senyum tu |
 |
Kak Nik dah tukar angin dari main Road Bike pon leh tukar Mountain Bike.. |
 |
Relax jap.. |
 |
Posing dulu sebelum makan...sejukan badan dlu baru boleh makan, orang belakang tu (chief) dah tak tahan bau makanan |
 |
Lemak labu dan ayam masak merah |
 |
Ulam-ulaman |
 |
Urap dan buah-buahan |
 |
Sambal belacan mesti ada baru lengkap |
 |
Ikan kering menambah aroma |
 |
Dah boleh senyum lebar sebab dah kenyang |
 |
Macam-macam ada.. |
No comments:
Post a Comment