Thursday, October 10, 2013

Nature & Rilex Ride

Nature & Relax Ride adalah salah satu cara berbasikal secara santai selain daripada menyertai mana-mana event berbasikal . Berbasikal secara santai melalui beberapa buah kampung dan tempat di daerah Johor. Melawat tempat-tempat bersejarah dan menikmati pemandangan sungai dan pantai yang indah sambil berbasikal. Johor sememangnya terkenal dengan tempat-tempat yang menarik cuma mungkin tidak ramai yang mengetahuinya atau sudah lama tidak mengunjungi atau mungkin agak terpingir, dengan cara ini kita dapat membuka semula mata orang ramai dengan berbasikal juga kita dapat menikmati pemandangan dan bersantai lebih-lebih lagi di tempat-tempat sebegini dengan kos yang murah serta menyihatkan.

Terus terang saya juga pertama kali datang ke daerah Kg.Mawai Lama ini, terkejut juga rupa-rupanya ada Kubu peningalan semasa perang dahulu serta ada sungai yang agak menarik dan jika malam boleh melihat kunang-kunang di sekitar muara sungai disini.

Kubu peningalan perang di Kg.Mawai Lama

Kubu di Kg.Mawai Lama

Kubu ini berhadapan dengan sungai

Sungai Kg.Mawai Lama

Papan tanda Kg.Mawai Lama

Jalan kampung yang cantik serta pemandangan yang menarik

Sampan untuk disewa serta milik penduduk di sini

Papan tanda program pelancongan Desa

Kan saya dah kata cantik pemandangan disini

Saya meneruskan kayuhan dari Kg.Mawai Lama ke Kg.   . Perjalan dari Kg.Mawai Lama ke sini dalam 9km laluan jalan raya turun bukit naik bukit dan tidak banyak kenderaan melalui jalan ini. Maklumla jalan kampung. Sesuai la kalau berbasikal ke sini.

Cantik tempat nie kelihatan damai sahaja, air yang tenang seperti kaca

Siap disediakan kerusi untuk bersantai sambil menikmati pemandangan sungai
 Perjalanan saya di teruskan ke Sedili Besar. Sebuah pekan nelayan.

Pantai sebelum ke Sedeli Besar

Ke jeti nalayan Sedeli Besar

Melihat hasil tangkapan nelayan serta kaki pancing

Di Jeti Sedeli Besar

Kg.Nelayan Sedeli Besar

Masjid besar dan cantik

Saya meneruskan perjalanan ke Jason Bay, pantainya cantik, ombak kuat dan batu-batunya menarik perhatian. Terdapat juga Resort di sekitar ini. Tidak perlula susah-susah mencari tempat penginapan di sini, setiap tempat yang menarik pastinya terdapat resort. Pertama kali juga la tempat ini saya jejaki. Kan saya dah kata di Johor memang terlalu banyak tempat yang menarik. Tapi sayang ada sesetengah tempat terbiar atau agak kotor, mungkin lebih baik tiada resort yang terbiar, lebih indah hanya pokok-pokok atau batu-batu sahaja daripada kita melihat resort-resort yang terbiar. Mungkin zaman dahulu lagi cantik pemandanganya tanpa sampah dan resort yang terbiar. Diharap ada pihak akan perihatin dengan keadaan alam sekitar dan tempat-tempat pelancongan serta kita semua menjaga alam sekitar.
Berbasikal seperti ini sesekali dapat mengurangkan tekanan dan memberikan seribu kenangan walaupon di dalam negeri sahaja.

Terpegun melihat pantai yang bersih dan cantik

Puas betul bila dapat pantai yang bersih dan cantik

Lihatla ombak yang menghempas..

Menikmati keindahan laut,ombak dan batu yang berlapis-lapis

Memang sesuai menjadi lokasi bergambar di pantai ini
Perjalanan pulang saya melalui jalan ke Tanjung Balau, cuaca agak panas tapi laluan nie agak sunyi kurangnya kereta. 




Wednesday, October 9, 2013

Program Berbasikal Kg.Peta Eco Ride 2013,Taman Negara Endau Rompin~7-9/10/13



Program berbasikal Kg.Peta Eco Ride 2013, Taman  Negara Endau Rompin, Johor anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Johor dan Orang Johor Cycling Team(OJCT) serta sokongan dan kerjasama daripada Perbadanan Taman Negara Johor,Tourism Malaysia, Johor Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Masrina Travel S/B, Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan MCC Kulaijaya. 

Satu program memperkenalkan pakej berbasikal di Taman Negara Endau Rompin Kg Peta, Johor selama 3 hari 2 malam akan diadakan pada 7, 8 & 9hb Oktober 2013. Program ini pada asalnya satu acara berbasikal secara santai tetapi disebabkan masalah-masalah teknikal, acara ini telah ditukar pada satu program. Program ini hanya menghadkan 50 orang peserta sahaja yang mana akan melibatka...n 30 org peserta yang dijemput khas iaitu rider-rider yg telah mendaftar dan membuat pembayatan awal, agensi-agensi jabatan yang terlibat dalam program ini dan pihak media dari media elektronik dan cetak dan 20 org krew dan urusetia. 

Terdapat sedikit perubahan susun acara program ini bersesuaian dengan tema program. Pengarah Pelancongan Negeri akan hadir untuk merasmikan program dan pakej berbasikal ini.


Hari pertama yang rata-rata semua bersemangat dan tak sabar-sabar untuk memulakan aktiviti-aktiviti yang telah di sediakan. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri kami berkumpul awal di Pejabat Taman Negara Johor Endau Rompin untuk pendaftaran setelah itu kami memulakan perjalanan ke Kg.Peta sejauh 50 km jalan tanah merah. Harap maklumla jalan tanah merah membuatkan perjalanan kami agak perlahan dan bergoncang satu kereta serta habuk. Sepanjang perjalanan kami tak banyak yang boleh di lihat selain daripada pokok kelapa sawit dan estate, ada beberapa tempat sahaja handphone kami boleh digunakan. Kami meneruskan lagi 25 km jalan bertar yang berbukit dan melalui beberapa jambatan kami sampai ke Hutan Simpan Endau Rompin, Kg.Peta, tempat penginapan kami. Cuaca baik tapi agak panas disini, setelah selesai pengagihan goodies bag, kunci chalet dan makan tengah hari kami berehat sementara menunggu rombongan daipada peserta-peserta yang menaiki bas.

Pada jam 5.00 petang kami berbasikal menuju ke Pantai Burung yang terletak 1 km dari tempat penginapan kami, Memang sesuai dinamakan Pantai Burung dengan keadaan sungai yang berpasir di tebingnya. Pemandangan yang sangat cantik disini, kami diberitahu esok pihak penganjur telah menyediakan tempat-tempat yang lebih menarik lagi.

                                                                               

Di Pejabat Taman Negara Johor Endau Rompin (PETA)


Laluan 50 km tanah merah
Papan tanda ke Taman Negara Endau Rompin (Peta)

Laluan tanah merah yang agak mencabar, tetapi kami difahamkan sekarang laluan ini lebih baik dari dulu

Di sempadan laluan tanah merah dan bertar

Di atas  jambatan dan sungai yang cantik tempat binatang liar minum

Di hadapan jalan masuk ke penginapan kami

Chalet tempat penginapan kami

Di hadapan pejabat Chalet penginapan kami

Antara pemandangan sungai yang boleh di lihat di Kg.Peta

Sungai di Kg.Peta

Bergambar kenangan di Pantai Burung


Bot penumpang juga disediakan di Taman Negara Endau Rompin
Pemandangan sungai Pantai Burung



Bermain air untuk menyejukan badan

Gambar kenangan di Pantai Burung


Hidangan makan malam, lemak ikan pari, ayam rendang, sayur goreng dan keropok

menikmati makan malam 

Mendengar taklimat daripada pihak penganjur



Antara penganjur yang memberi taklimat En.Ata
















Hari kedua kami menyarungkan tshirt oren yang telah diberikan oleh pihak penganjur dengan semangat berkobar-kobar kami berkumpul untuk mendengar taklimat daripada pihak penganjur. Kayuhan pada pagi ini di sertai oleh peserta baru dan lama dalam sukan berbasikal, pihak penganjur juga telah menyediakan basikal untuk mereka yang tidak mempunyai basikal. Lokasi pertama kami pagi ini ialah ke Kuala Jasin.

Setibanya di Kuala Jasin kami berehat dan menikmati pemandangan sungai yang menawan hati setiap pengunjung sambil menunggu Pengarah Pelancongan Negeri, En.Mohamad Isa. Kami tidak dibenarkan berenang disini kerana keadaan batu disini sangat licin apa yang kami dapat buat ialah main air di tepi batu dan mengambil gambar kenangan.

Setibanya Pengarah Pelancongan Negeri En.Mohamad Isa kami meneruskan kayuhan bersama-sama beliau ke Kuala Marong. Perjalanan ke Kuala Marong hanya boleh dilalui oleh basikal,motosikal, berjalan kaki dan 4x4 sahaja. Sepanjang perjalanan kami melalui jalan yang berbukit,berbatu-batu,berlubang,single trail,3 anak sungai dan 2 jambatan gantung. Memang mencabar kepada semua peserta. Perjalanan kami sejauh 7 km, dengar macam dekat saja kan tapi 7 km disini dah macam 50 km Jamboree. Apa yang menariknya ialah setiap kali kami jumpa sungai kami akan berendam dan bermain air dulu untuk menyejukan badan. Kami berehat sambil menikmati makan tengahari, Setelah itu kami berjalan kaki sejauh 200m ke Tasik Air Biru, yang menarik lagi disini ialah airnya nampak biru dan dalam dan terkenal dengan lubuk ikan Kelah. Kami tidak melepaskan peluang untuk berjinak-jinak bersama ikan kelah dan bermandi manda.

Setelah puas kami di Tasik Air Biru kami kembali semula ke Kuala Marong untuk meneruskan perjalanan kami ke Upih Guling tempat terakhir kami hari ini. Sampai di papan tanda Upih Guling kami di beritahu di kaki bukit Upih Guling terdapat satu anak sungai yang mengalirkan air 96 % bersih, apa lagi kebetulan kami telah kehabisan bekalan air dan dengan tidak berlengah kami mengisi bekalan air kami, ternyata airnya yang sejuk dan bersih dan orang asli disini mengatakan airnya berubat kerana mengandungi akar-akar pokok. Orang asli akan minum air disini jika mereka terkena demam atau sakit. Kami mendaki ke puncak Upih Gulling, terpaku sejenak dengan keindahan air terjun, batu-batu dan keindahan disini. Walaupon saya selalu juga pergi hiking dan berbasikal belum pernah saya lihat air terjun yang begitu memukau mata. Kami merakamkan gambar kenangan dan berehat sebentar disini sebelum berangkat pulang.

Perjalan balik ke Kompleks Pelawat diteruskan walaupon badan terasa penat dan panas. Walaupon penat kami semua berasa puas dan gembira dengan apa yang kami dapat pada hari ini. Perasaan seronok jelas di setiap wajah peserta. Kami juga turut berbangga dengan kehadiran Pengarah Pelancongan Negeri,En.Mohamad.Isa yang turut serta dalam kayuhan pada hari ini dan para wartawan,Polis dan Jabatan Pertahanan Awam yang sangup berjalan kaki dan menaiki motor dan 4x4.

Setelah menikmati makan malam kami di beri taklimat oleh pihak penganjur dan Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan. 


Berkumpul sebelum memulakan kayuhan ke Kuala Jasin

Laluan ke Kuala Jasin

NERC di Kuala Jasin

Anatara pemandangan di Kuala Jasin

Pemandangan yang memukau di Kuala Jasin, terdapat juga Chalet disini

Bermain air saja tidak dibenarkan berenang 

Bergambar bersama Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ke Kuala marong

Anatara sungai yang mesti kami tempuhi dan seberangi

Jambatan gantung yang pertama kami lalui

Di Kuala Marong

Papan tanda ke Tasik Air Biru

Tasik Air Biru

Merakamkan gambar kenangan Program Berbasikal Kg.Peta Eco Ride 2013

Antara sunagi yang di lintasi

Pemandangan di kaki bukit Upih Guling

Air anak sungai yang di katakan bersih 96% boleh di minum dan di buat ubat

Air terjun di puncak Upih Guling

Pemandangan yang membuatkan kami hilang penat bila melihatnya

Batu-batu yang cantik dan air yang bersih

Gambar kenangan di puncak Upih Guling

Sejuk mata memandangan 

Berehat seketika setelah penat up hill yang tinggi 

Berendam buat kali terakhir sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kompleks Pelawat

Ucapan dari En.Mohamad Isa Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan

Mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014

Penyerahan tanda tahun melawat Malaysia 2014
























































































































































































































































































































































Satu program khas telah dibuat pada hari ketiga untuk para peserta yang mana satu program khidmat masyarakat di bawah 1 Malaysia Community Building di Kg. Peta. Para peserta berpeluang untuk berbakti dengan masyarakat orang asli.
Hari ketiga kami , aktiviti bergotong royong di Sekolah Kg.Peta sambil melawat kedai cenderamata orang asli.  Kami berbasikal beramai-ramai ke Kg.Peta, singah sebentar di kedai Pak Awang sambil mendengar cara main permainan Kercang dan ubat-ubatan tradisional dan ada juga sempat mencuba menyumpit di belakang rumah . Setelah itu kami menagih-agihkan goodies bag sumbangan daripada penganjur. Kami bergotong royong di sekolah Kebangsaan Peta Mersing. Membersihkan,mengecat semula dinding dan susun atur bilik sains dan melukis logo kelab peserta dan penganjur di dinding luar sekolah sebagai tanda kami pernah ke sini dan mempromosikan Tahun melawat Malaysia 2014.
Setelah selesai kami pulang ke kompleks untuk makan tengahari dan berangkat pulang. Seribu kenangan manis kami disini rasanya tak ada yang pahit, walaupon saya sendiri ada kecederaan kecil semasa berbasikal itu saya angap cenderahati dan kenangan manis berada disini. Kesimpulanya dan keseluruhanya program ini adalah yang terbaik dalam sejarah dan sepanjang saya berbasikal. Selain dapat berbasikal di dalam hutan,menghirup udara yang segar dan merehatkan minda kami juga dapat bertukar-tukar pikiran dan berkenalan dengan para peserta. Pemandangan dan keadaan disini tidak ada di luar sana berbaloi dengan apa yang kami lalui di sepanjang program. Sempena tahun melawat Malaysia 2014 kami harap akan ada lagi dan berterusan program-program seperti ini di masa akan datang dan akan lebih mendapat sambutan di dalam negara mahupon di luar negara. Malaysia terlalu banyak tempat-tempat yang menarik selain daripada pulau dan tempat peranginan, hutansimpan di Malaysia mempunyai khazanah yang tidak ternilai dan menarik jika kita pandai menjaga dan menikmatinya. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang dan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan pihak-pihak terlibat yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberikan seribu kenangan disini. Melancong la di negara kita yang penuh dengan khazanah alam yang tidak ternilai. Jaga la alam sekitar kita untuk generasi akan datang. Berbasikal untuk menyihatkan badan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. 





















Bergambar bersama peserta Masrina Travel

Antara peserta,wartawan dan krew wanita yang turut serta dalam program ini

Berkayuh ke Kg.Peta

Salah sebuah rumah orang asli


Permainan Kercang

Pak Awang menunjukan alatan yang digunakan oleh orang asli

Permainan sumpit

Bergambar bersama-sama orang asli dan ketua orang asli

En.Mohamad Isa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang orang asli

Menyampaikan tanda Tahun melawat malaysia 2014 kepada Pak Awang

Di sekolah tadika orang asli, seramai 10 orang murid termasuk seorang guru

Di bilik sains Sekolah Kebangsaan Kg.Peta, membersihkan bilik sambil berbincang dengan salah seorang guru

Alatan mengecat

Antara logo yang menghiasi dinding sekolah, Women JB Riders

Bergambar kenangan bersama murid sekolah

Bergambar bersama guru dan murid sekolah semoga mereka berjaya dan menjadi pelajar yang cemerlang 

Menyampaikan cenderamata kepada En.Mohamad Isa

Aktiviti penanaman pokok daripada Jabatan Pelancongan dan kebudayan serta Masrina Travel

Penanaman pokok oleh kelab OJCT

Penanaman pokok oleh kelab WJBR

Penanaman pokok oleh kelab MCC

Keratan akhbar :

Sinar Harian keluaran 14/10/13

Sin Chew Daily keluaran 15/10/13

Antara Video kenangan kami di sini :