Monday, November 14, 2011

WOMEN JB RIDERS


    WOMAN JB RIDERS (WJBR) adalah sebuah kumpulan berbasikal yang berasal dari JOHOR .Tercetusnya idea untuk menubuhkan kumpulan ini disebabkan minat yang mendalam dalam bidang berbasikal dan untuk bersama berkongsi minat dalam bidang ini bersama penunggang basikal wanita khasnya.
Apa yang menarik tentang kumpulan ini adalah kesemua anggota kami terdiri daripada golongan wanita .



Ahli Women JB Riders terawal


Bersama menjayakan JB Critical Mass/Ride for Silence pada 30/03/2012

Ahli WJBR ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur tidak kira tua mahupun muda . WJBR ditubuhkan sekitar FEBRUARI 2011. Kami juga bergiat aktif di setiap aktiviti yang dijalankan.Setakat ini , pelbagai aktiviti 'FUN RIDE'  dan  'JAMBOREE' dan fokus kami adalah basikal jenis basikal gunung atau lebih dikenali sebagai 'MOUNTAIN BIKE'. WJBR juga terlibat dalam kayuhan basikal seperti basikal lebuhraya 'ROADBIKE' , basikal lipat 'FOLDING BIKE' dan juga basikal kembara 'TOURING BIKE'.



Kami juga sering membantu didalam setiap aktivit berbasikal, Dengan itu juga dapat membantu kami pelajari dan menimba ilmu pengetahuan perihal aktiviti event berbasikal dan disitu jugala berputiknya cita-cita kami untuk mengadakan aktiviti berbasikal anjuran kumpulan kami sendiri suatu hari nanti. Dengan semangat dan dorongan dari semua pihak kami dapat bersatu dan meneruskan minat kami bersama. Kuat tak kuat ,sibuk dengan keluarga sebagai istri,suri rumah dan ibu bukan penghalang kami dari bersukan berbasikal.



Kami berharap dengan tertubuhnya kumpulan ini dapatla kiranya menarik minat golongan wanita untuk bersama-sama berbasikal bagi melahirkan insan yang sihat dan idola buat anak-anak ,suami dan masyarikat sekeliling. Disamping itu kami menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai kaum wanita menyertai kumpulan kami.


                                       
Bersama memeriahkan Program Kayuhan Mesra sempena Hari Raya Merdeka dan Hari Malaysia pada 19/09/2011

Kayuhan Cegah Jenayah IPD Kulai Jaya pada 19/10/12


Bersama kayuhan anjuran Ronda Riadah,RR, KP, Pengarah JSJ Bukit Aman pada 03/04/2012


Turut serta bersama kayuhan JB Art Festival pada 17/09/2012


Antara Women JB Riders ke Girls & Womens Jamboree di Kedah pada -1/12/2012

Kayuhan Ambang Tahun Baru pada 31/12/2012


Turut menyertai Jelajah Johor anjuran Ronda Riadah pada 26-30/01/2013


Menyumbang tenaga sebagai krew di Wacycle XC Challenge pada 16/06/2013


Antara aksi-aksi Women JB Riders:-










Kenali kami melalui tag nama di setiap basikal Women JB Riders


Antara pencapaian Women JB Riders:-



Aktiviti-aktiviti dan tempat-tempat latihan WJBR:-
~ Seri Alam
~Plentong
~Setia Indah
~Kong Kong
  ~Off Road & On Road
~Waktu kayuhan : Siang dan malam

Mount Bike & Folding Bike ke Fraser's Hill


Touring dari Johor ke Kelantan

Plentong


Seri Alam

Single Trail Seri Alam

Plentong trail

On Road dari Permas jaya ke Lego Land,Kota Iskandar
On Road -Kong Kong
Makan malam bersama ahli baru dan lama WJBR





Saksikan kami di:-