Wednesday, July 31, 2013

Kayuhan Malam Seri Alam~ 31/07/13

Kayuhan malam 80% off road 10% on road di Seri Alam malam ramadhan. Seramai 6 orang. Bermula pada jam 8.30 malam. Laluan agak lecak melalui kebun getah(single trail) dan kelapa sawit.
Laluan single trail agak mencabar pada waktu malam disebabkan akar-akar pokok getah dan air yang bertakung dan jalan yang agak licin. Tapi kayuhan pada waktu malam menyeronokan sebab kurang tekanan disebabkan panas. Alhamdulilah kami pergi dan balik dalam keadaan selamat. Hanya 15km sahaja disebabkan keadaan malam yang gelap berbeza dengan kayuhan di siang hari.

Wednesday, July 24, 2013

RNR(Ramadhan Nite Ride) Seri Alam~24/7/2013

Ramadhan Night Ride disertai kami berempat dan seorang lelaki , berkumpul di Mamak Seri Alam. Kami memulakan kayuhan pada jam 8.30 malam. Cuaca agak baik cuma agak sejuk. Trail kami 90% off road dan 10% on road. Laluan pokok getah (single trail) dan kelapa sawit.


 Sejauh 20km itu yang hanya mampu kami lakukan bila kayuh didalam kegelapan malam. Jauh bezanya dengan kayuhan di siang hari. Laluan di Seri Alam ini agak lecak dan banyak akar pokok getah. Kami selamat pulang jam 12:00 malam. Terima kasih kepada Dani Norain yang jadi guide kami.

Sunday, July 7, 2013

Iskandar Johor Mega Ride~7/7/2013

 Menyertai Iskandar Johor Mega Ride 2013 pada 7/7/2013 sejauh 55 km. Laluan kurang bukit tapi agak jauh . Cuaca yang panas pada hari ini sedikit sebanyak mempengaruhi kayuhan kami. Kami selamat menamatkan kayuhan tanpa sebarang kecederaan.
WJBR yang turut serta pada hari ini
Turut hadir rakan kami dari Singapura~Nani


Bergambar bersama krew juga ahli WJBR(Pink Lady)





Dani Norain yang turut menyumbang tenaga sebagai Marshall pada hari ini
                                                                       
Ila Cozmix turut hadir memberi sokongan
                         

Tahniah!Berjaya naik podium pada hari ini~Amoy peek a boo


Wednesday, July 3, 2013

UniKL, Seri Alam Trail ~3/7/2013

Bermula di UniKL, Seri Alam jam 3:00 petang seramai 10 orang termasuk riders lelaki kami memulakan kayuhan di bukit wajib, ketingianya hingga tak terkayuh. Inila salah satu laluan semasa Wacycle XC Challenge pada 16/6/2013. Cuaca pada hari ini sangat panas sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kami, bagaimana pon kami tetap meneruskan kayuhan kami ini.













Video kami

https://www.facebook.com/photo.php?v=10201574846634753&set=vb.1285370231&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?v=10201464559237637&set=vb.1285370231&type=3&theater

Monday, July 1, 2013

Cover pictures






With our event's banner


Organised by WJBR, meet us there 


We are WJBR
                                                              
Know us with Pink T-shirt


WJBR