Wednesday, April 16, 2014

Ronda Riadah Jelajah Johor 2014 ~12-16/4/14


Ronda Riadah Jelajah Johor "Crime Awarness" 2014 adalah tahun ketiga di anjurkan oleh Ronda Riadah, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan malaysia.
Selama 5 hari bermula pada 12 April 2014 bermula di Dataran Banadaraya Johor disertai lebih seratus peserta termasuk wartawan radio Best FM, Best Johor FM, Sinar Harian, Metro dan turut disertai oleh Riders dari Singapura . Menjadikan acara RRTDJ pada kali ini yang paling meriah.

Hari pertama 12/4/14 dari Johor Baharu ke Mersing sejauh 170 km, Kami berhenti di Dataran Kota Tinggi  sebentar dan berehat dan makan tengahari di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara. Sambutan yang diterima kami amat meriah sekali dengan paluan kompang,pencak silat dan tarian kuda kepang. Kami deisajikan dengan masakan kampung yang sunguh menyelerakan.
Kami meneruskan kayuhan ke Mersing dan terus ke Air Papan, di situ kami menyertai aktiviti mengutip sampah di sekitar pantai Air Papan dan setelah menjamu selera kami pulang ke Hotel Sri malaysia.






Hari kedua kami dari Mersing ke Keluang, cuaca panas tidak melemahkan semangat kami. Sebab kami tau kami telah disediakan aktiviti-aktiviti menarik disepanjang RRTDJ kali ini, Sambutan di setiap Sekolah amat meriah dan menaikan semangat kami semua. kalau nak cerita disini memang tak habis-habis la. Memang seronok. Anda boleh saksikan sedikit sebanyak di video kami di bawah.





Hari ketiga kami berkayuh dari Keluang Ke Batu Pahat/Muar (Lenga), cuaca memang panas la tapi semangat kami makin membara. Mana tak nya kami sentiasa disajikan dengan sambutan ala-ala VVIP.
Hari keempat kami bermula dari Lenga ke Rengit












Tahniah kepada semua yang terlibat semoga akan ada lagi kayuhan seperti ini di tahun tahun akan datang bagi menjalin hubungan dengan masyarakat, pengayuh, jabatan Polis, wartawan dan pemandu-pemandu lain. Acara ini dilihat dengan cara langsung dann tidak langsung dapat memperkenalkan negeri Johor sebagai tempat pelancongan dan mempunya potensi menganjurkan aktiviti berbasikal dengan selamat dan meriah. Tahniah kepada pengayuh semua berjaya berkayuh sejauh 680km dalam masa 5 hari mengelilingi Johor sambil berbasikal. Semoga berjumpa lagi .

Dideo Kami :-