Sunday, October 5, 2014

Logo kami kini telah pon berada di sana!

Logo WJBR di banner 3rd  Ronda Riadah Mega Ride 2013

Logo WJBR di majalah Roda Pantas Malaysia


Logo WJBR di Johor Basikal United


Wednesday, October 1, 2014

Ride of Hope Adik Dhiya

Ride of Hope untuk adik Dhiya diadakan dengan tujuan mengutip derma bagi membantu mengumpul dana untuk pembedahan hati untuk adik Dhiya. Kos pembedahan dianggarkan RM500,000.00.Seramai hampir 200 peserta berbasikal turut sama berbasikal dari IPD Seri Alam ke rumah adik Dhiya.










Sunday, September 21, 2014

World Peace Day Ride di Seri Alam

World Peace Day Ride di anjurkan bagi menyambut hari keamanan Dunia, seramai 200 rider dan pejalan kaki

 Dianjurkan oleh Seri Alam Property. Bermila jam 8.00 pagi kami juga di sediakan sarapan pagi dan topi sebagai cenderahati. Jarak kayuhan 10km mengelilingi kawasan sekitar bandar Seri Alam. Semoga aktiviti seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa.









Tuesday, September 16, 2014

The Kebon Show Ride

Seramai 7 orang kami mula berkayuh pada jam 8.30 pagi memasuki off road di Seri Alam, Masai. Kami memilih untuk kayuh disini disebabkan trailnya yang agak mencabar, down hill dan uphill yang sememangnya di gemari oleh setiap rider dan terdapat banyak single trail. Kami melalui kebun getah dan sawit, cuaca pada hari ini baik tidak terlalu panas.
Semasa kami melalui rumah pekerja indonesia kami mendapat idea untuk membuat video dan sambil menghiburkan hati dikala penat. Inilah pengalaman kami berkayuh bersama yang sangat mencuit hati dan kayuh ala-ala santai bagi memenuhi masa lapang kami di hari minggu.
Kami akan meneruskan kayuhan kami pada setiap hujung minggu jika tiada jamboree luar.



Antara yang hadir

WJBR yang sentiasa ceria

Didalam kebun getah berehat seketika

Bergambar sebelum meneruskan kayuhan

Menghiburkan diri sendiri di kawasan rumah pekerja kebun getah

Berbagai alatan yang kami gunakan cukup membuat kami ketawa terbahak-bahak

Lagu: Aku anak Kampung

Meneruskan kayuhan

Berbagai gelagat

Kami singgah sebentar untuk minum di Motor Circuit

Pelbagai jenis motor disediakan disini


video

Saksikan kami di:-
The Kebon Show by WJBR: http://youtu.be/8Z8kzRJ9t6k

Sunday, September 14, 2014

Fun Ride Iron Horse

14 September 2014, Iron Horse di Kelapa Sawit Kulai telah mengadakan Fun Ride sejauh 40km. Laluan agak mencabar dan licin, oleh sebab ianya Fun Ride pihak penganjur menyediakan berbagai persembahan di dalam trail seperti show oleh pekerja-pekerja ladang, shower, drum dan pelbagai jamuan.
Tahniah kepada pihak penganjur dan peserta, semoga acara seperti ini akan terus mendapat sambutan di masa akan datang.