Monday, December 31, 2012

Kayuhan Ambang 31/12/12

Menunggu riders sampai

Tunggu nak potong kek nie

Bermula jam 8:30 malam di sertai hujan renyai-renyai kami memulakan kayuhan sebanyak 15km , 100% on road. Bersama-sama riders dari Ronda Riadah menyambut kedatangan tahun baru 2013 di Nusa Iskandar. Kami di iringi kereta dan motor polis hingga akhir kayuhan. Dan di sajikan makanan dan minuman serta tshirt dengan percuma dan kuiz.

Selamat Hari Ulang Tahun Buat Kak Noor


Sempat juga kami menyambut hari ulang tahun Kak Noor yang lahir pada 31/12, sederhana tapi meriah. Semoga Kak Noor diberikan kesihatan,dimurahkan rezeki dah bahagia dunia dan akhirat,doa daripada kami WJBR.

Acara makan kek

Bergambar sebelum bermula acara
Ready..


Take 5

Kita makan pisang dulu..

semua dah ready

Bergambar bersama setelah selesai kayuhan

Mempromosikan Jersey WJBR

Bersama ahli baru kami, Kak Nik Karmila





Wednesday, December 12, 2012

Permas Jaya-LegoLand-Permas Jaya Night Ride~12/12/2012

Bergambar sementara menunggu riders lain sampai

Bergambar sebelum memulakan kayuhan

Tepat jam 8:30 malam kami memulakan kayuhan dari Cofee Trap, Permas Jaya ke Lego Land. Seramai 9 orang. Jarak kayuhan 62 km. 100% on road Mountain Bike dan Road Bike digunakan. Cuaca pada malam nie baik. Walaupon kami terpaksa berhenti beberapa kali disebabkan tayar basikal bocor. Perjalanan pulang kami dibasahi hujan dan jalan raya yang agak licin.Alhamdulilah kami selamat sampai jam 2:00 pagi dengan jaya dan selamat. Terima kasih buat semua.

Pancit...

Berhenti untuk menukar tiub basikal

Bergambar di hadapan pintu masuk LegoLand

Aksi-aksi kami bila berposing

Antara aksi-aksi yang mencuit hati

Semangat..

Antara riders lelaki yang turut bersama dengan WJBR

Sekali lagi berhenti menukar tiub basikal

Menjamu selera di Perling sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Permas Jaya


Saturday, November 17, 2012

Kayuhan Malam ke Singapura bersama Cycle 2 See dan PTK ~17/11/2012


Bergambar beramai-ramai di hadapan Marina Bay, Singapura

Sesekali ubah angin berkayuh ke negara jiran Singapure adalah peluang keemasan. Pada 17/11/12 kami bersama-sama Cycle 2 See Club dan PTK berkumpul di Woodland Check point, Cycle 2 see club berasal dari Selangor turun ke Johor semata-mata untuk berkayuh bersama kami ke Singapura manakala PTK dari Kulaijaya. tepat jam 8.00 malam di sertai hujan renyai-renyai kami bertolak menuju ke Woodland Town untuk bertemu dengan seorang rider dari Singapura yang akan menjadi guide kami. Rahim Resad adalah seorang touring, dengan tunjuk arah beliau kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi kami iaitu ke Marina Bay. Perjalanan kami mengambil masa 8 jam pergi dan balik dan 85 km termasuk masa untuk berehat dan bergambar.

Antara WJBR yang turut serta

Bersama salah seorang peserta kayuhan Cycle 2 see Club , kak Raha
 Kami selamat menamatkan kayuhan pada jam 7.00 pagi, walaupon terasa amat letih dan mengantuk tapi amat berbaloi pengalaman kami ini. Seronok dapat berkayuh di negara jiran disajikan dengan pemandangan yang indah dan tempat yang bersih. Terima kasih kepada semua yang turut serta dan semoga berjumpa lagi di masa akan datang.
Terima kasih warga Cycle 2 see datang dari Selangor bersama-sama folding bike dan warga PTK yang sudi jadi marshall kami.
Berkumpul sebelum masuk ke Woodland Check point untuk mendengar taklimat,bergambar dan berdoa sebelum memulakan kayuhan.

Berehat sebentar

Pemandangan di waktu malam disini sangat indah dengan lampu-lampunya, Punggol, Singapura

Di Punggol, Singapura.

Berehat menikmati minuman panas dan makan untuk mengalas perut

Pemandangan di Marina Bay di waktu malam

Teruja dengan suasana di waktu malam disini


Monday, September 17, 2012

9th JB Art Festival Ride with RR~17/9/2013

Sebelum memulakan kayuhan
Kayuhan sempena JB Art Festival bertempat di Bukit Timbalan, Johor Baharu. Kayuhan sejauh 15 km di berikan t shirt,makanan dan minuman percuma antara kelebihan acara Fun Ride. Kami tidak melepaskan peluang yang di adakan. Seperti biasa kebanyakan ahli WJBR akan turut serta dan pada masa inila peluang kami untuk berkumpul bersama.

Pagi ini yang seronoknya kami dapat bersama-sama Datin Zakiah berkayuh di sekitar Johor Baharu dengan di iringi polis. Kami tidak la risau pasal keadaan lalu lintas sebab perjalanan kami di iringi Polis tapi kami masih terus mengambil langkah-langkah keselamatan semasa berkayuh. Ramai riders yang hadir pada hari ini dan semuanya memakai tshirt yang telah disediakan berwarna kuning, nampak berseri-seri.

Setelah penat berkayuh dan menjamu selera kami mula berangkat pulang. Terima kasih kepada pihak penganjur.
Masa untuk WJBR berkumpul dan bergambar

Seronok bila semua kaum hawa berkumpul

Bersama Datin Zakiah

Semangat berkayuh

kak Noor dan Kak Rose

Bersama Chief Ronda Riadah Tn.Hasbullah dan Datin Zakiah

Berkumpul di Dataran Johor Baharu

Sedikit penerangan dari pengacara


Saturday, April 7, 2012

Ronda Riadah Jemputan Khas Johor Corporation ~ 7/4/2012

Baru sampai

Ronda Riadah Jemputan Khas Johor Corporation bertempat di Bandar Dato Onn pada 7/4/2012. Jarak kayuhan 15+ km on road. Tiada yuran hanya di berikan t shirt,makan dan minum percuma serta lucky draw itula keistemawaan fun ride jemputan. Dimulakan dengan senaman ringan pemanas badan dan taklimat. 

Cuaca pada hari ini sangat baik, kami diiringi kereta polis sepanjang kayuhan itulah kelebihan berkayuh bersama Ronda Riadah. Warga Johor Corporation juga tidak ketinggalan menyertai kayuhan bersama kami. Setelah selesai kayuhan kami dihidangkan makanan dan lucky draw. Terima kasih kepada Ronda Riadah dan pihak penganjur.

Jom kita senam dulu

Longgarkan urat-urat yang tegang sebelum berkayuh

Anatar WJBR yang hadir sama

Sempat berehat di CP dan bergambar

cantik kan basikal Amoy Peek a Boo nie..

Merakamkan kenangan bersama Chief Ronda Riadah Tn.Hasbullah

Orang kuat Ronda Riadah Tn.Hasbullah dan En.Wan

Berhenti rehat di Cp, Balai Polis baru di Bandar Dato Onn

Kepanasan tidak melemahkan semangat

Setelah penat berkayuh..

Kita makan dulu!

Dalam Dewan untuk acara Lucky Draw dan menikmati makanan

Kita lihat siapa yang kena....