Saturday, November 17, 2012

Kayuhan Malam ke Singapura bersama Cycle 2 See dan PTK ~17/11/2012


Bergambar beramai-ramai di hadapan Marina Bay, Singapura

Sesekali ubah angin berkayuh ke negara jiran Singapure adalah peluang keemasan. Pada 17/11/12 kami bersama-sama Cycle 2 See Club dan PTK berkumpul di Woodland Check point, Cycle 2 see club berasal dari Selangor turun ke Johor semata-mata untuk berkayuh bersama kami ke Singapura manakala PTK dari Kulaijaya. tepat jam 8.00 malam di sertai hujan renyai-renyai kami bertolak menuju ke Woodland Town untuk bertemu dengan seorang rider dari Singapura yang akan menjadi guide kami. Rahim Resad adalah seorang touring, dengan tunjuk arah beliau kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi kami iaitu ke Marina Bay. Perjalanan kami mengambil masa 8 jam pergi dan balik dan 85 km termasuk masa untuk berehat dan bergambar.

Antara WJBR yang turut serta

Bersama salah seorang peserta kayuhan Cycle 2 see Club , kak Raha
 Kami selamat menamatkan kayuhan pada jam 7.00 pagi, walaupon terasa amat letih dan mengantuk tapi amat berbaloi pengalaman kami ini. Seronok dapat berkayuh di negara jiran disajikan dengan pemandangan yang indah dan tempat yang bersih. Terima kasih kepada semua yang turut serta dan semoga berjumpa lagi di masa akan datang.
Terima kasih warga Cycle 2 see datang dari Selangor bersama-sama folding bike dan warga PTK yang sudi jadi marshall kami.
Berkumpul sebelum masuk ke Woodland Check point untuk mendengar taklimat,bergambar dan berdoa sebelum memulakan kayuhan.

Berehat sebentar

Pemandangan di waktu malam disini sangat indah dengan lampu-lampunya, Punggol, Singapura

Di Punggol, Singapura.

Berehat menikmati minuman panas dan makan untuk mengalas perut

Pemandangan di Marina Bay di waktu malam

Teruja dengan suasana di waktu malam disini


No comments:

Post a Comment