Saturday, March 31, 2012

Fun Ride Ronda Riadah~Health & Safety sempena Earth Hour~31/3/2012


Bersama didalam kayuhan Fun Ride Ronda Riadah,Health & Safety dan Earth Hour di Sutera Mall. Kami tak lepaskan peluang bergambar bersama artis-artis terkenal tanah air. Ramai riders yang turut serta dalam kayuhan ini, kami di iringi oleh kereta dan motor polis dari mula hingga akhir kayuhan kami. Cuaca sangat baik pada malam ini, 100% on road. Kami di beri tshirt,makanan ,minuman dan sticker "watch for cyclist" percuma.

Mengabadikan kenangan bersama penyanyi terkenal tanah air, Zainal Abidin

Bergambar dihadapan pentas
Bermacam-macam ragam dan gaya kami semua pada malam itu, bermacam-macam jenis basikal juga boleh dilihat pada malam ini. Setibanya kami disini Sutera Mall lampu dipadamkan selama satu jam untuk mengingati Earth Hour.

"Watch For Cyclist"

Bergambar bersama penyanyi-penyanyi yang anggun

Bergambar bersama pengasas Ronda Riadah, Tn.Hasbollah

Kenangan manis kami




Video Kami

https://www.facebook.com/photo.php?v=3674485182477&set=vb.1285370231&type=3&theater

Friday, March 30, 2012

JB Critical Mass/Ride of Silence~30/3/2012

JB Critical Mass/Ride of Silence dianjurkan bersama kelab KBC dari Kulaijaya untuk memperingati dan memungut derma di atas kehilangan seorang rider, disebabkan kemalangan sewaktu menunggang basikal. Bermula jam 9:00 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Baharu. 100% on road sejauh 15 km. Sambutan yang begitu meriah pada malam ini. Bersama-sama berkumpul memberi sokongan.


WJBR berkumpul beramai-ramai memberi sokongan dan sumbangan

Menyarungkan tshirt WJBR "Kenderaan Pastikan Jarak Selamat 1.5m" tanda memberi sokongan kepada bersama-sama berkongsi jalan dengan selamat

Berbasikal sambil menderma

Bergambar kenangan bersama team KBC Kulai Jaya

Yang turut serta

Bersedia untuk memulakan kayuhan

Riders yang turut serta memberi sokongan dan memeriahkan majlis

Dari segenap pelusuk Johor pengayuh-pengayuh hadir memberi sokongan dan sumbangan di acara ini. Semoga semua raiders akan lebih berhati-hati semasa berbasikal tak kira on road atau pun off road.

Mengira duit sumbangan derma untuk di dermakan kepada keluarga mangsa

                                     
Hasil sumbangan riders