Sunday, August 31, 2014

99.9 MTB Jamboree 2014 ~31/8/14


99.9 MTB Jamboree 2014 telah berlangsung di Ladang keck Seng Kong Kong, Masai Johor. Seramai 600 peserta dari pelbagai kategori dan sejauh 35 km, Trail yang sememangnya digemari oleh peminat-peminat MTB seperti down hill, up hill, lecak dan parit semuanya lengkap. Beberapa hari hujan membasahi bumi johor membuatkan track kami bertambah adventure, hujan renyai-renyai dan panas pada tengaharinya membuatkan kami rasa cukup perasa. Apa yang seronok dan tak ada di track jamboree lain ialah sewaktu kami ingin menyeberangi parit, kami tidak disediakan jambatan tetapi kami di kehendaki mengangkat basikal kami dan menyeberangi parit yang setinggi betis dan pinggang, itu satu pengalaman yang unik..tapi sayang kasut kami hehehe. Walaupon ada dikalangan riders yang cramp dan tayar pancit tidak menghalang dan melemahkan kami untuk menghabiskan kayuhan ini. 

Alhamdulilah kawan kami Merah Mitaa Sari berjaya merebut kejuaran wanita pertama pada hari ini. Tahniah kepada beliau. Terima kasih kepada rakan-rakan kami yang menjadi krew dan memberi semangat dan tidak lupa tahniah kepada penganjur 99.9 MTB Jamboree 2014 kerana menyediakan track yang baik dan selamat buat kami semua.
Semoga kami akan terus menyertai setiap jamboree yang akan diadakan kelak.


Peserta bersedia di starting point

Jarak dan laluan 99.9 MTB Jamboree
Wakil WJBR yang turut serta

Krew & WJBR rider

Antara WJBR yang terlibat di 99.9 MTB Jamboree

Krew yang bersemangat
Apa-apa hal pon kita posing dulu




Menampal sticker starting 





Bukit yang panjang tetap kami kayuh


Parit yang memang sengaja tidak disediakan jambatan untuk memberi lebih adventure


Biar mereka tolak tapi kami tetap kayuh semasa mendaki bukit


Rider wanita pertama melintasi CP 2

Tahniah! wanita pertama 99.9 MTB Jamboree, Merah

Saturday, August 30, 2014

Merah Mitaa Sari Mekanik Basikal Wanita

Merah salah seorang ahli WJBR yang sedang bergiat active di bidang sukan berbasikal di Johor mahupun di  luar Johor. Baru-baru ini beliau telah menghiasi majalah Suara Hati Rider, No.1 Edisi pengenalan Aug 2014.
Tahniah kepada beliau semoga terus berjaya didalam sukan yang di ceburi.



Cover Majalah Suara Hati Rider



Page 18


Page 19


Page 20

Page 21