Sunday, June 30, 2013

Simpang Rengam 2nd Jamboree~30/6/2013



Menyertai Penjara Simpang Renggam Jamboree pada 30/6/2013, seramai dua peserta dari WJBR . Pada yang tidak dapat menyertai jamboree kami memberi sokongan dan menyediakan kemah untuk kegunaan rakan-rakan WJBR yang menyertai. Cuaca pada hari ini hujan sepanjang pertandingan ini. Tapi ia tidak melemahkan para peserta.



Turut memberi sokongan walaupon tidak dapat turut serta






Tahniah! kepada Gem di tempat ke empat

Tahniah! buat Amoy peek a boo di tempat kelima

Tuesday, June 18, 2013

WJBR Dinner at Thistle Hotel~ 18/6/13


Bergambar kenangan beramai-ramai

Makan malam WJBR di adakan di Hotel Thistle, Johor Baharu. Makan malam sempena menghargai warga WJBR yang berkhidmat sebagai krew di Wacycle XC Challenge pada 16/6/13 dan juga sambutan hari ulang tahun Ila Cosmiz, setiausaha WJBR. Makan malam ini juga di adakan untuk menyatukan ahli baru dan lama sambil berbincang mengenai event yang akan kami adakan pada awal tahun hadapan.

Setelah puas menikmati hidangan buffet dan makan kek kami beralih tempat pula, kami di sajikan dengan hiburan nyanyian daripada Gemma sebagai penyanyi WJBR yang bersuara lunak cukup menghiburkan. Malam yang memberi seribu kenangan manis dan menghiburkan hati kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada Dani yang bersusah payah menyediakan semua ini untuk kami, dan terima kasih juga kepada yang telah menyumbang tenaga pada Wacycle XC Challenge pada yang tidak dapat hadir di harap lain kali kita boleh meraikannya lagi.

Akhir kata Selamat Hari Ulang Tahun buat Ila Cosmiz walaupon hari lahir beliau jatuh pada 16/6/2013 cuma terlewat bagi kek je.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan,kesihatan dan bahagia selalu hendaknya..Amin.

kek hari ulang tahun Ila Cosmiz

Antara yang hadir, Katt,Kak Noor, Kak Nik dan Ika

Antara yang hadir Hajar,Iza,Merah, Iffa dan anak lelaki Hajar(Wafi)

Seronok bila dapat bersama

Bila semua dah kekenyangan..

Acara meniup lilin dan memotong kek

Panjang umurnya....

Semangat berkumpulan di mana jua..

masa untuk berhibur


Persembahan nyanyian daripada Gemma..penyanyi terbaik WJBR

Sunday, June 16, 2013

Wacycle XC Challenge~16/6/2013

Krew Wacycle XC Challenge


Wacycle XC Challenge, Women JB Riders menyumbang tenaga sebagai krew di setiap CP. Kali pertama WJBR bersatu hati dan tenaga membantu serta memeriahkan acara ini. Bermula jam 6.30 pagi hinggala tamat acara ini, kami tidak mengeluh atau gentar untuk turut sama membantu, kehadiran kami pada kali ini hanya sebagai krew bukan turut sama berkayuh pada kali ini. Sesekali terasa seronok pula walaupon keletihan. Kepada semua peserta pada hari ini, diharap berpuas hati dengan layanan kami. Sesekali kami kena juga menyumbang tenaga dari turut serta dalam kayuhan, itula matlamat kami. Bila tengok semua riders dalam kepenatan,keletihan dan kepanasan bila tiba di CP yang kami jaga rasa kesian dan barula kami benar-benar rasa bukan senang untuk kayuh dalam pertandingan nie.

 Hanya jiwa yang kental,mental yang kuat serta tenaga yang cukup barula kita akan berjaya dan selamat. Jadi krew tak kurang susah dan penatnya. Kena bersabar dengan kerenah riders yang datang dengan macam-macam gaya dan keadaan. Semoga di masa akan datang kami dapat menyumbangkan tenaga kami lagi jika kami tidak turut sama berkayuh.



Jumpa kami di CP

Subuh-subuh kami dah datang

Sebelum memulakan tugas kita bergambar dulu

Berhibur sebelum riders sampai ke CP

Krew CP2

Bersama krew di base

Posing sebentar

Inilah di antara yang menyumbang tenaga sebagai krew

Membantu di base

Bergambar di Base

Krew CP3


Krew CP1