Tuesday, June 18, 2013

WJBR Dinner at Thistle Hotel~ 18/6/13


Bergambar kenangan beramai-ramai

Makan malam WJBR di adakan di Hotel Thistle, Johor Baharu. Makan malam sempena menghargai warga WJBR yang berkhidmat sebagai krew di Wacycle XC Challenge pada 16/6/13 dan juga sambutan hari ulang tahun Ila Cosmiz, setiausaha WJBR. Makan malam ini juga di adakan untuk menyatukan ahli baru dan lama sambil berbincang mengenai event yang akan kami adakan pada awal tahun hadapan.

Setelah puas menikmati hidangan buffet dan makan kek kami beralih tempat pula, kami di sajikan dengan hiburan nyanyian daripada Gemma sebagai penyanyi WJBR yang bersuara lunak cukup menghiburkan. Malam yang memberi seribu kenangan manis dan menghiburkan hati kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada Dani yang bersusah payah menyediakan semua ini untuk kami, dan terima kasih juga kepada yang telah menyumbang tenaga pada Wacycle XC Challenge pada yang tidak dapat hadir di harap lain kali kita boleh meraikannya lagi.

Akhir kata Selamat Hari Ulang Tahun buat Ila Cosmiz walaupon hari lahir beliau jatuh pada 16/6/2013 cuma terlewat bagi kek je.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan,kesihatan dan bahagia selalu hendaknya..Amin.

kek hari ulang tahun Ila Cosmiz

Antara yang hadir, Katt,Kak Noor, Kak Nik dan Ika

Antara yang hadir Hajar,Iza,Merah, Iffa dan anak lelaki Hajar(Wafi)

Seronok bila dapat bersama

Bila semua dah kekenyangan..

Acara meniup lilin dan memotong kek

Panjang umurnya....

Semangat berkumpulan di mana jua..

masa untuk berhibur


Persembahan nyanyian daripada Gemma..penyanyi terbaik WJBR

No comments:

Post a Comment