Wednesday, September 11, 2013

Kayuhan Malam dari Kota Masai ke Teluk Sengat ~11/9/2013

Pada 11 Sept 2013, jam 6.15 petang kami memulakan kayuhan dari Kota Masai ke Teluk Sengat. Kami ditemani beberapa penungang lelaki. Pada hari ini juga kami merasmikan t-shirt baru kami. Laluan yang kami gunakan pada hari ini ialah 100% jalan raya dengan mengunakan Mountain Bike. Laluan berbukit tidak menjadi halangan bagi kami.
 Tempat rehat kami yang pertama ialah di Kong Kong, berlatar belakangkan pemandangan yang cukup menarik membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kayuhan .
Melalui jambatan ke Desaru untuk menuju ke Teluk Sengat , kami sempat merakamkan kenangan disini. Kami masih bersemangat dan bertenaga.


Tepat jam 8:00 malam kami sampai ke destinasi yang di rancang. Teluk sengat berhampiran jeti sekali lagi kami merakamkan kenangan kami. Sepanjang laluan kami disajikan dengan bukit dan ada di antara kami hampir berlangar dengan lembu, maklumla kawasan kampung. Suasana gelap sebab tiada lampu jalan. Mujurla kami semua membawa lampu yang cukup terang.
Setelah penat kami berehat sambil mengisi perut. Menjamu selera di hadapan jeti, Cantik juga pemandangan diwaktu malam tambah lagi dengan lampu-lampu di jambatan ke Desaru.
Setelah mengisi perut kami berangkat pulang, berehat sebentar di tol Pasir Gudang/Tanjung Langsat. Perjalanan pergi dan balik kami alhamdulilah selamat cuma ada kebocoran tayar basikal sahaja. Kami sampai ke Kota Masai jam 10.30 malam. 47 km pergi dan balik. Terima kasih kepada semua yang hadir, kami merancang akan mengadakan kayuhan malam lagi di masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment