Kayuhan Jeram, Kulai , Johor
 |
Gambar kenangan sebelum memulakan kayuhan |
Walaupon hujan lebat pada awal pagi tidak mematahkan semangat kami untuk berkayuh pada hari ini, aktiviti kayuhan pada hujung minggu sudah menjadi seperti satu kewajiban pula. Kalau tidak dapat berkayuh beramai-ramai bagaikan kekuragan sesuatu pula. Bertempat di Taman Melati, Kulai Johor kami bersama-sama kelab MCC dari Kulai dan OJCT dari Austin berkumpul beramai-ramai sebelum memulakan kayuhan. 95% off road dan 5% on road yang mengambil masa 3 jam setengah dan sejauh 26 km dan seramai 26 riders yang hadir. Kira-kira 1 jam kami mengambil peluang berendam di Jeram sambil menikmati nasi lemak dan air yang sejuk dari gunung. Jeram nie memang popular di disini, jalan masuk ke trailnya pon banyak. Dari jarak yang dekat hingga la yang mencabar, memang sesuai untuk training.
Laluan pada hari ini santai sahaja untuk memberi ruang kepada rider baru dan kanak-kanak. Untuk yang dah pro disediakan juga bukit yang mengancam. Cuaca juga menyebelahi kami, mendung dan sejuk je.
 |
Di pagi yang mendung memang seronok dapat berkayuh beramai-ramai |
 |
Anatara WJBR yang turut serta |
 |
Bersama ahli baru dan lama WJBR |
Terima kasih daun keladi kepada Abang Rosli yang menjadi lead kami , MCC dan juga OJCT. Kalau ada kelapangan di lain hari kami akan datang lagi. Terima kasih untuk trail yang best dan tak lupa kepada semua yang hadir pada hari ini diucapkan terima kasih dan jumpa lagi.
 |
Sejuk je tempat nie |
 |
Sementara menanti riders lain sempat bergambar tu |
 |
Berkumpul di check point sementara menunggu riders lain sampai |
 |
Jalan masuk ke Jeram |
 |
Dari atas bukit di Jeram-Single trail pendek saja |
 |
Masa untuk menyejukan badan dan bersantai |
No comments:
Post a Comment