 |
Di Dataran Sungai Rengit di bawah Lobster besi |
Hari ini kami kayuh jauh sikit dari tempat biasa, laluan 100% on road. Bermula dari Dataran Sungai Rengit yang terkenal dengan Lobster, kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi, perjalanan kami mengambil massa 4 jam kerana banyak berhenti berehat dan merakamkan gambar kenangan dan sejauh 45 km pergi dan balik. Cuaca agak mendung. Kami berhenti berehat di Teluk Ramunia sambil menikmati pemandangan pantai yang cantik. Seterusnya kami menuju ke Teluk Sepang, terpukau dengan pantainya yang luas dan cantik . Terasa ingin sahaja kami terjun ke laut untuk mandi tetapi apakan daya perjalanan kami masih belum selesai, setelah puas menikmati pemandangan di sana kami meneruskan perjalan kami ke destinasi terakhir kami iaitu Batu Layar.
Di Batu Layar memang terkenal dengan batu-batu besar berbentuk layar, itula tarikan utamanya. Kami berkayuh di sepanjang pantai dan resort. Terdapat banyak Resort di Teluk Ramunia, Teluk Sepang dan Batu Layar untuk kemudahan penginapan kepada para pengunjung.
Inilah kelebihan di Johor, terdapat banyak pantai yang cantik untuk di kunjungi, tempat-tempat ini juga di kenali sebagai Pulau Empat Teluk oleh orang cina disini. Kepada sesiapa yang tidak pernah ke sini silala berkunjung ke sini, bukan setakat Teluk Ramunia, Teluk Sepang, Batu Layar dan Desaru banyak lagi pantai-pantai lain di sekitar ini. Beriadah dan bersukan untuk kesihatan lebih mengembirakan bila anda ke tempat-tempat yang menarik seperti ini.
 |
Di jety lama Sungai Rengit |
 |
Salah satu Resort di Teluk Sepang |
 |
Pantai di Teluk Sepang |
 |
Salah satu laluan di sepanjang pantai |
 |
Pantai yang luas dan landai di Teluk Sepang |
 |
Batu-batu yang cantik di Teluk Ramunia |
 |
Salah satu Resort di Batu Layar |
 |
Batu yang berbentuk Layar di pantai Batu Layar |
 |
Sungai rengit yang sememangnya terkenal dengan Lobster |
 |
Masakan sos butter yang sangat enak, cubala.. |
No comments:
Post a Comment