Saturday, September 21, 2013

Aktiviti Kayuhan Hujung Minggu WJBR



Empangan Kota Tinggi, Johor~21/9/13

Berlatar belakangkan bukit berkabus dan pokok yang lebat berbunga, terasa berada di Jepun pula

 Bermula jam 8:00 pagi kami betiga memulakan kayuhan ke Empangan Kota Tinggi, Suasana yang sungguh indah disini membuatkan kami berasa teruja. 100% off road trail yang berpasir disebabkan laluan lori pasir dan berdekatan lombong pasir. Kawasan ini adalah kawasan larangan, jadi kami tidak dapat menjemput riders yang ramai dalam satu masa. Empangan ini menyalurkan air ke Singapura. Tak rugi kalau ke sini sebab empangan ini amatla luas dan pemandanganya sangat la indah dan bersih.
Kayuhan kami sejauh 21+km sahaja sebab kami melalui jalan pintas disebabkan cuaca hari ini sangatla panas. Berasa puas bila bergambar disini. sesekali lari kesibukan lalu lintas di bandar, dari trail kelapa sawit dan getah kami menikmati pemandangan yang luas dan indah.
Setelah mencuci mata dan menghirup udara yang segar kami sempat singgah ke kampung untuk merasai buah duku. Aktiviti memetik buah pon bermula dan terasa sangat seronok. 

Kolam yang menarik perhatian kami
Di hujung Empangan


Pemandangan di atas bukit di Empangan

Empangan yang sangat indah berlatar belakangkan gunung yang pernah kami daki dulu

Jalan di atas empangan dan keadaan sekeliling yang bersih dan segar

Video Kami



Gunung Pulai (Jeram) Ride ~ 22/9/13

Stop kejap ambil nyawa hehe..
Hajar & Ila wakil WJBR turun bersama berkayuh pagi ini
Bermula jam 7.30 pagi, kami berkumpul di rumah salah seorang rider (abam Joe). Disertai seramai 23 rider dari serata JB, dalam cuaca yg boleh tahan panasnya. Lebih kurang 8.30pagi tayar golek memulakan kayuhan ke Jeram, Gunung Pulai melalui laluan off road & on road. Laluan off road yg menguji teknik kayuhan kita & laluan on road yg menguji ketahanan mental sebab PANAS..
Total kayuhan hari ni hanya sejauh 39km. Di sudahi dgn jamuan yg GILER TERBAEEKKK, disajikan oleh isteri abam Joe kita..
Nasi ayam bakar + air bandung soda (giler sedap) + desert ice cream cocktail..
Alhamdulillah semoga tuan rumah di pertambahkan lagi rezeki dari Allah SWT..

Aktiviti wajib kami... Berposing laaa hehe..
Eyza, Ila, Hajar & Noraini.

Bacaan doa dari En. Syamsul Rijal (ustaz), memohon semoga
kayuhan kami bermula & berakhir dgn selamat
Tuan rumah, abam Joe (berbaju oren) yg sgt murah hati & baek hati..

Penat mendaki kita rehat sebentar..
Pit stop wajib kami.. @ kebun durian..
  
Berhati-hati di trail.. hehehe

Antara yg menarik wajib d harungi..

Lepas sorang rider tergolek.. Bergambar laa hehe 

Inilah jeramnya.. tempat yg di tuju..

Letih berkayuh.. kita rendam dulu..
Rider power kita, Pojee & Afiq..

Penat berkayuh, kami di sajikan dgn juadah yg enak dri tuan rumah
abam Joe & isteri.. Semoga rezeki beliau semakin bertambah Insyaallah..

Desert terbaeekkk.. Ice cream + cocktail.. 

Air bandung soda terbaeeekkkk...


No comments:

Post a Comment