Sunday, September 15, 2013

Aktiviti Hujung Minggu WJBR~14 & 15/9/2013 (Burung Hantu,TCR,Merapoh Ride & Mega Ride 2013 )

Sungguh padat aktiviti-aktiviti WJBR pada hujung minggu ini, bagai cendawan tumbuh selepas hujan begitula aktiviti-aktiviti berbasikal di negara Malaysia ini. Setiap hujung minggu ada saja jamboree dan fun ride dimana-mana. Kami dengan minat masing-masing memilih yang mana satu pilihan kami untuk di sertai. Di bawah ini adalah kenangan-kenangan manis kami  pada hujung minggu ini. Tahniah diucapkan kepada warga WJBR yang turut serta, jutaan terima kasih kepada yang turut memberi sokongan.


Burung Hantu Jamboree 2013
Norazlin Mahfoz, satu-satunya wakil WJBR ke Burung Hantu Jamboree 2013

Anjuran Shimano Burung Hantu Nite Jamboree 2013, 14-15 Sept 2013 bertempat di Stadium Hang Jebat Melaka dan bermula jam 8.30 malam. Diringi hujan lebat masa perlepasan hingga la tamat . Jiwa yang kental dan mental yang kuat sahaja dapat menghabiskan kayuhan pada malam ini.


                                                   
Terengganu Century Ride 2013


Eika, peserta tunggal wakil WJBR ke Terengganu Century Ride 2013
15hb Sept 2013, bermula di Pantai Batu Buruk tepat jam 8.15 pagi masa perlepasan dilakukan. Disajikan pemandangan di tepi pantai dan laluan-laluan yang menarik , walaupon cuaca panas pelumba dengan penuh semangat menamatkan kayuhan masing-masing. Seramai seribu lebih riders dan sejauh 160km jarak kayuhan. Kayuhan yang mencabar dan pengalaman yang tidak akan dilupakan.



Kayuhan Taman Negara Merapoh Ride 2013

Taman Negara Pahang

Nor Suhaila, satu-satunya wakil WJBR ke Merapuh Ride
Aktiviti di Taman Negara Merapoh ini di adakan selama dua hari, bersama ahli-ahli Cycle2C keluar dari daeraah masing-masing untuk merasai kayuhan di luar daerah.pada hari pertama 14/9/13 menuju ke Gua Musang dan sempat juga mendaki Gua Musang setinggi 700 meter. Indah sungguh pemandangan di puncak Gua Musang dan kelihatan jelas bandar  Gua Musang. Jarak kayuhan pada hari ini sebanyak 32 km. Hari pertama explore gua-gua berhampiran seperti Gua Musang,Gua Madu dan Tokong paling tua di Asia.
                                               
Bergambar kenangan bersama-sama ahli Cycle2C di hadapan Gua Musang
Pada hari kedua bermula dari Gua Musang jam 8.30 pagi , seramai 4 riders 100% on road. menuju ke Merapoh. Jarak kayuhan pergi dan balik kira-kira 32km. Cuaca agak baik dan sejuk di sebelah pagi memberikan semangat untuk meneruskan kayuhan. Sempat juga pergi ke Taman Negara Sungai Juram untuk bermain-main bersama ikan-ikan kelah yang jinak. Pengalaman yang sungguh seronok dan tidak akan dilupakan. Terima kasih diucapkan kepada semua.



3rd Ronda Riadah Mega Ride 2013


Mega Ride 2013 bermula di Bandar Dato' On, Johor Baharu. Walaupon cuaca mendung serta hujan tidak mematahkan semangat kami semua untuk meneruskan kayuhan. Sebanyak 52km , 90% off road dan 10% on road. Event terbesar di Johor Baharu ini  tidak akan kami lepaskan. Seramai empat orang wakli dari WJBR menyertainya. Alhamdulilah walaupon di kalangan kami tidak dapat naik podium pada hari ini tetapi masih lagi top 20 dan menghabiskan kayuhan dengan selamat. Trail memang mencabar tambahan lagi jalan yang licin dan berbatu-batu.

Logo WJBR turut serta di banner Mega Ride 2013

Bergambar bersama-sama ahli PTK dan banner event kami yang bakal berlangsung pada tahun hadapan
Dani,Sue & Gem antara wakil WJBR

Wakil WJBR bersama ahli PTK

5km sebelum masuk off road

jalan yang agak licin 

Kayuh dengan penuh semangat


antara riders WJBR yang sampai ke garisan penamat

Siti turut menyumbangkan tenaga sebagai Marshall 

Registration 

No comments:

Post a Comment