Friday, September 20, 2013

Sweet Pinky~Nite Ride with PTK

Seet bila semua pakai Pink color..bergambar kenangan sebelum berkayuh di depan Petronas

 Seperti minggu lalu setiap malam jumaat jam 9.30 malam, pada kali ini sambutan WJBR amat mengalakan. Semakin ramai WJBR turut hadir samada datang sama-sama berkayuh dan meeting bersama PTK di Bandar Putra, Kulai Jaya. Walaupon jarak jauh tidak menjadi penghalang untuk kami berkumpul dan berbasikal, dari Kota Masai, Seri Alam , Ikhsan Jaya dan Tmn.Perling  kami bertemu di Bandar Putera untuk bersama-sama berkayuh malam ini. Sejauh 40km bermula dari Petronas Bandar Putra 3, membuat senaman ringkas sebelum kayuh dan mendengar taklimat berkenaan event yang bakal di adakan daripada PTK dan wakil daripada Senai Aor Port. Destinasi pertama ialah Senai Air port di ikuti JPO dan setelah tamat kayuhan kami bersama-sama duduk minum dan berbincang mengenai event yang akan kami adakan tidak lama lagi.

Berbincang mengenai Charity Ride(PAM) WJBR akan memberi sedikit sumbangan makanan dan tenaga (marshall), katering yang kami pilih adalah dari WJBR juga..bukan baju kami saje berwarna pink air minuman pon akan disediakan warna pink tau. Seronok bila dapat berkumpul seperti ini dan berkenalan dengan lebih dekat dengan WJBR lama dan yang baru.

posing satu kewajiban..tak ada gambar tak ada la kenangan..

Rutin setiap kali sebelum memulakan kayuhan..senaman pemanas badan


ready...

Berbasikal malam adalah salah satu cara merapatkan hubungan dan menjaga kesihatan dan kulit..

Bergambar dihadapan Air Port Senai

Disinila akan berlangsung SAXC MTB XC Challenge nanti


Kenangan di hadapan JPO


Seronok bila dapat berbasikal beramai-ramai

Kami tak berkayuh malam ini tapi kami tetap datang memberi sokongan dan meeting bersama

Salam perkenalan dengan ahli lama dan baru

Minum dan mengalas perut sesudah berkayuh

Bersama chief PTK untuk sama-sama berbincangan berkenaan event Charity Ride(PAM)


No comments:

Post a Comment