Sunday, September 29, 2013

Lobster Ride ~ 28/9/13

Di Dataran Sungai Rengit di bawah Lobster besi

Hari ini kami kayuh jauh sikit dari tempat biasa, laluan 100% on road. Bermula dari Dataran Sungai Rengit yang terkenal dengan Lobster, kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi, perjalanan kami mengambil massa 4 jam kerana banyak berhenti berehat dan merakamkan gambar kenangan dan sejauh 45 km pergi dan balik. Cuaca agak mendung. Kami berhenti berehat di Teluk Ramunia sambil menikmati pemandangan pantai yang cantik. Seterusnya kami menuju ke Teluk Sepang, terpukau dengan pantainya yang luas dan cantik . Terasa ingin sahaja kami terjun ke laut untuk mandi tetapi apakan daya perjalanan kami masih belum selesai, setelah puas menikmati pemandangan di sana  kami meneruskan perjalan kami ke destinasi terakhir kami iaitu Batu Layar. 

Di Batu Layar memang terkenal dengan batu-batu besar berbentuk layar, itula tarikan utamanya. Kami berkayuh di sepanjang pantai dan resort. Terdapat banyak Resort di Teluk Ramunia, Teluk Sepang dan Batu Layar untuk kemudahan penginapan kepada para pengunjung.

Inilah kelebihan di Johor, terdapat banyak pantai yang cantik untuk di kunjungi, tempat-tempat ini juga di kenali sebagai Pulau Empat Teluk oleh orang cina disini. Kepada sesiapa yang tidak pernah ke sini silala berkunjung ke sini, bukan setakat Teluk Ramunia, Teluk Sepang, Batu Layar dan Desaru banyak lagi pantai-pantai lain di sekitar ini. Beriadah dan bersukan untuk kesihatan lebih mengembirakan bila anda ke tempat-tempat yang menarik seperti ini.

Di jety lama Sungai Rengit

Salah satu Resort di Teluk Sepang

Pantai di Teluk Sepang

Salah satu laluan di sepanjang pantai



Pantai yang luas dan landai di Teluk Sepang

Batu-batu yang cantik di Teluk Ramunia



Salah satu Resort di Batu Layar


Batu yang berbentuk Layar di pantai Batu Layar



Sungai rengit yang sememangnya terkenal dengan Lobster

Masakan sos butter yang sangat enak, cubala..


Saturday, September 28, 2013

Kayuhan Jantung Sihat Sedunia 2013 ~Hospital Regency, Seri Alam~28/9/13

Bergambar bersama ahli wjbr
Hari jantung sihat Sedunia 2013 di sambut di Hospital Regency Seri Alam pada 28/9/13 bermula jam 8.30 pagi. Turut di sertai pelbagai masyarakat dan penunggang basikal berbagai usia dan kaum. Bersenam dan beriadah adalah salah satu aktiviti untuk menjaga jantung kita sihat dan kuat. Selain itu juga semangat berkumpulan dan bersama-sama bertukar-tukar fikiran juga dapat membuatkan seseorang itu gembira dan berpandangan lebih jauh.Sejauh 16.4 km dimulai dengan senaman ringan. Kami warga WJBR tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam acara kayuhan pada pagi ini. Acara seperti inilah yang kami tunggu-tunggu untuk berkumpul dan bergambar dapat juga kami menyihatkan jantung sambil beriadah. Kemeriahan terasa bila dapat bersama dengan semua ahli dan riders. 

Mengabadikan kenangan di hadapan pentas World Heart day 2013

Telatah dari kami WJBR
Setelah tamat kayuhan kami di sajikan dengan makanan dan lucky draw , kami juga turut di beri tshirt percuma sempena Hari Jantung 2013. Terima kasih kepada semua yang hadir dan penaja Hari Jantung 2013. Kami akan sentiasa memberikan sokongan disetiap event berbasikal pada masa akan datang. Keseronokan kami tidak terkata lihatla saja gambar-gambar kami...

Seronok dan gembira bila dapat berkumpul bersama-sama

Semangat WJBR

Add caption

"World Heart day 2013"  dari kami WJBR

Bergambar sebelum perlepasan

Peta arah kayuhan World Heart day 2013 di Bandar Seri Alam

Senaman sebelum memulakan kayuhan

Ada amoy dengan basikal antiq juga

Saturday, September 21, 2013

Aktiviti Kayuhan Hujung Minggu WJBR



Empangan Kota Tinggi, Johor~21/9/13

Berlatar belakangkan bukit berkabus dan pokok yang lebat berbunga, terasa berada di Jepun pula

 Bermula jam 8:00 pagi kami betiga memulakan kayuhan ke Empangan Kota Tinggi, Suasana yang sungguh indah disini membuatkan kami berasa teruja. 100% off road trail yang berpasir disebabkan laluan lori pasir dan berdekatan lombong pasir. Kawasan ini adalah kawasan larangan, jadi kami tidak dapat menjemput riders yang ramai dalam satu masa. Empangan ini menyalurkan air ke Singapura. Tak rugi kalau ke sini sebab empangan ini amatla luas dan pemandanganya sangat la indah dan bersih.
Kayuhan kami sejauh 21+km sahaja sebab kami melalui jalan pintas disebabkan cuaca hari ini sangatla panas. Berasa puas bila bergambar disini. sesekali lari kesibukan lalu lintas di bandar, dari trail kelapa sawit dan getah kami menikmati pemandangan yang luas dan indah.
Setelah mencuci mata dan menghirup udara yang segar kami sempat singgah ke kampung untuk merasai buah duku. Aktiviti memetik buah pon bermula dan terasa sangat seronok. 

Kolam yang menarik perhatian kami
Di hujung Empangan


Pemandangan di atas bukit di Empangan

Empangan yang sangat indah berlatar belakangkan gunung yang pernah kami daki dulu

Jalan di atas empangan dan keadaan sekeliling yang bersih dan segar

Video Kami



Gunung Pulai (Jeram) Ride ~ 22/9/13

Stop kejap ambil nyawa hehe..
Hajar & Ila wakil WJBR turun bersama berkayuh pagi ini
Bermula jam 7.30 pagi, kami berkumpul di rumah salah seorang rider (abam Joe). Disertai seramai 23 rider dari serata JB, dalam cuaca yg boleh tahan panasnya. Lebih kurang 8.30pagi tayar golek memulakan kayuhan ke Jeram, Gunung Pulai melalui laluan off road & on road. Laluan off road yg menguji teknik kayuhan kita & laluan on road yg menguji ketahanan mental sebab PANAS..
Total kayuhan hari ni hanya sejauh 39km. Di sudahi dgn jamuan yg GILER TERBAEEKKK, disajikan oleh isteri abam Joe kita..
Nasi ayam bakar + air bandung soda (giler sedap) + desert ice cream cocktail..
Alhamdulillah semoga tuan rumah di pertambahkan lagi rezeki dari Allah SWT..

Aktiviti wajib kami... Berposing laaa hehe..
Eyza, Ila, Hajar & Noraini.

Bacaan doa dari En. Syamsul Rijal (ustaz), memohon semoga
kayuhan kami bermula & berakhir dgn selamat
Tuan rumah, abam Joe (berbaju oren) yg sgt murah hati & baek hati..

Penat mendaki kita rehat sebentar..
Pit stop wajib kami.. @ kebun durian..
  
Berhati-hati di trail.. hehehe

Antara yg menarik wajib d harungi..

Lepas sorang rider tergolek.. Bergambar laa hehe 

Inilah jeramnya.. tempat yg di tuju..

Letih berkayuh.. kita rendam dulu..
Rider power kita, Pojee & Afiq..

Penat berkayuh, kami di sajikan dgn juadah yg enak dri tuan rumah
abam Joe & isteri.. Semoga rezeki beliau semakin bertambah Insyaallah..

Desert terbaeekkk.. Ice cream + cocktail.. 

Air bandung soda terbaeeekkkk...


Friday, September 20, 2013

Sweet Pinky~Nite Ride with PTK

Seet bila semua pakai Pink color..bergambar kenangan sebelum berkayuh di depan Petronas

 Seperti minggu lalu setiap malam jumaat jam 9.30 malam, pada kali ini sambutan WJBR amat mengalakan. Semakin ramai WJBR turut hadir samada datang sama-sama berkayuh dan meeting bersama PTK di Bandar Putra, Kulai Jaya. Walaupon jarak jauh tidak menjadi penghalang untuk kami berkumpul dan berbasikal, dari Kota Masai, Seri Alam , Ikhsan Jaya dan Tmn.Perling  kami bertemu di Bandar Putera untuk bersama-sama berkayuh malam ini. Sejauh 40km bermula dari Petronas Bandar Putra 3, membuat senaman ringkas sebelum kayuh dan mendengar taklimat berkenaan event yang bakal di adakan daripada PTK dan wakil daripada Senai Aor Port. Destinasi pertama ialah Senai Air port di ikuti JPO dan setelah tamat kayuhan kami bersama-sama duduk minum dan berbincang mengenai event yang akan kami adakan tidak lama lagi.

Berbincang mengenai Charity Ride(PAM) WJBR akan memberi sedikit sumbangan makanan dan tenaga (marshall), katering yang kami pilih adalah dari WJBR juga..bukan baju kami saje berwarna pink air minuman pon akan disediakan warna pink tau. Seronok bila dapat berkumpul seperti ini dan berkenalan dengan lebih dekat dengan WJBR lama dan yang baru.

posing satu kewajiban..tak ada gambar tak ada la kenangan..

Rutin setiap kali sebelum memulakan kayuhan..senaman pemanas badan


ready...

Berbasikal malam adalah salah satu cara merapatkan hubungan dan menjaga kesihatan dan kulit..

Bergambar dihadapan Air Port Senai

Disinila akan berlangsung SAXC MTB XC Challenge nanti


Kenangan di hadapan JPO


Seronok bila dapat berbasikal beramai-ramai

Kami tak berkayuh malam ini tapi kami tetap datang memberi sokongan dan meeting bersama

Salam perkenalan dengan ahli lama dan baru

Minum dan mengalas perut sesudah berkayuh

Bersama chief PTK untuk sama-sama berbincangan berkenaan event Charity Ride(PAM)