Saturday, September 21, 2013

Aktiviti Kayuhan Hujung Minggu WJBR



Empangan Kota Tinggi, Johor~21/9/13

Berlatar belakangkan bukit berkabus dan pokok yang lebat berbunga, terasa berada di Jepun pula

 Bermula jam 8:00 pagi kami betiga memulakan kayuhan ke Empangan Kota Tinggi, Suasana yang sungguh indah disini membuatkan kami berasa teruja. 100% off road trail yang berpasir disebabkan laluan lori pasir dan berdekatan lombong pasir. Kawasan ini adalah kawasan larangan, jadi kami tidak dapat menjemput riders yang ramai dalam satu masa. Empangan ini menyalurkan air ke Singapura. Tak rugi kalau ke sini sebab empangan ini amatla luas dan pemandanganya sangat la indah dan bersih.
Kayuhan kami sejauh 21+km sahaja sebab kami melalui jalan pintas disebabkan cuaca hari ini sangatla panas. Berasa puas bila bergambar disini. sesekali lari kesibukan lalu lintas di bandar, dari trail kelapa sawit dan getah kami menikmati pemandangan yang luas dan indah.
Setelah mencuci mata dan menghirup udara yang segar kami sempat singgah ke kampung untuk merasai buah duku. Aktiviti memetik buah pon bermula dan terasa sangat seronok. 

Kolam yang menarik perhatian kami
Di hujung Empangan


Pemandangan di atas bukit di Empangan

Empangan yang sangat indah berlatar belakangkan gunung yang pernah kami daki dulu

Jalan di atas empangan dan keadaan sekeliling yang bersih dan segar

Video Kami



Gunung Pulai (Jeram) Ride ~ 22/9/13

Stop kejap ambil nyawa hehe..
Hajar & Ila wakil WJBR turun bersama berkayuh pagi ini
Bermula jam 7.30 pagi, kami berkumpul di rumah salah seorang rider (abam Joe). Disertai seramai 23 rider dari serata JB, dalam cuaca yg boleh tahan panasnya. Lebih kurang 8.30pagi tayar golek memulakan kayuhan ke Jeram, Gunung Pulai melalui laluan off road & on road. Laluan off road yg menguji teknik kayuhan kita & laluan on road yg menguji ketahanan mental sebab PANAS..
Total kayuhan hari ni hanya sejauh 39km. Di sudahi dgn jamuan yg GILER TERBAEEKKK, disajikan oleh isteri abam Joe kita..
Nasi ayam bakar + air bandung soda (giler sedap) + desert ice cream cocktail..
Alhamdulillah semoga tuan rumah di pertambahkan lagi rezeki dari Allah SWT..

Aktiviti wajib kami... Berposing laaa hehe..
Eyza, Ila, Hajar & Noraini.

Bacaan doa dari En. Syamsul Rijal (ustaz), memohon semoga
kayuhan kami bermula & berakhir dgn selamat
Tuan rumah, abam Joe (berbaju oren) yg sgt murah hati & baek hati..

Penat mendaki kita rehat sebentar..
Pit stop wajib kami.. @ kebun durian..
  
Berhati-hati di trail.. hehehe

Antara yg menarik wajib d harungi..

Lepas sorang rider tergolek.. Bergambar laa hehe 

Inilah jeramnya.. tempat yg di tuju..

Letih berkayuh.. kita rendam dulu..
Rider power kita, Pojee & Afiq..

Penat berkayuh, kami di sajikan dgn juadah yg enak dri tuan rumah
abam Joe & isteri.. Semoga rezeki beliau semakin bertambah Insyaallah..

Desert terbaeekkk.. Ice cream + cocktail.. 

Air bandung soda terbaeeekkkk...


Friday, September 20, 2013

Sweet Pinky~Nite Ride with PTK

Seet bila semua pakai Pink color..bergambar kenangan sebelum berkayuh di depan Petronas

 Seperti minggu lalu setiap malam jumaat jam 9.30 malam, pada kali ini sambutan WJBR amat mengalakan. Semakin ramai WJBR turut hadir samada datang sama-sama berkayuh dan meeting bersama PTK di Bandar Putra, Kulai Jaya. Walaupon jarak jauh tidak menjadi penghalang untuk kami berkumpul dan berbasikal, dari Kota Masai, Seri Alam , Ikhsan Jaya dan Tmn.Perling  kami bertemu di Bandar Putera untuk bersama-sama berkayuh malam ini. Sejauh 40km bermula dari Petronas Bandar Putra 3, membuat senaman ringkas sebelum kayuh dan mendengar taklimat berkenaan event yang bakal di adakan daripada PTK dan wakil daripada Senai Aor Port. Destinasi pertama ialah Senai Air port di ikuti JPO dan setelah tamat kayuhan kami bersama-sama duduk minum dan berbincang mengenai event yang akan kami adakan tidak lama lagi.

Berbincang mengenai Charity Ride(PAM) WJBR akan memberi sedikit sumbangan makanan dan tenaga (marshall), katering yang kami pilih adalah dari WJBR juga..bukan baju kami saje berwarna pink air minuman pon akan disediakan warna pink tau. Seronok bila dapat berkumpul seperti ini dan berkenalan dengan lebih dekat dengan WJBR lama dan yang baru.

posing satu kewajiban..tak ada gambar tak ada la kenangan..

Rutin setiap kali sebelum memulakan kayuhan..senaman pemanas badan


ready...

Berbasikal malam adalah salah satu cara merapatkan hubungan dan menjaga kesihatan dan kulit..

Bergambar dihadapan Air Port Senai

Disinila akan berlangsung SAXC MTB XC Challenge nanti


Kenangan di hadapan JPO


Seronok bila dapat berbasikal beramai-ramai

Kami tak berkayuh malam ini tapi kami tetap datang memberi sokongan dan meeting bersama

Salam perkenalan dengan ahli lama dan baru

Minum dan mengalas perut sesudah berkayuh

Bersama chief PTK untuk sama-sama berbincangan berkenaan event Charity Ride(PAM)


Sunday, September 15, 2013

Aktiviti Hujung Minggu WJBR~14 & 15/9/2013 (Burung Hantu,TCR,Merapoh Ride & Mega Ride 2013 )

Sungguh padat aktiviti-aktiviti WJBR pada hujung minggu ini, bagai cendawan tumbuh selepas hujan begitula aktiviti-aktiviti berbasikal di negara Malaysia ini. Setiap hujung minggu ada saja jamboree dan fun ride dimana-mana. Kami dengan minat masing-masing memilih yang mana satu pilihan kami untuk di sertai. Di bawah ini adalah kenangan-kenangan manis kami  pada hujung minggu ini. Tahniah diucapkan kepada warga WJBR yang turut serta, jutaan terima kasih kepada yang turut memberi sokongan.


Burung Hantu Jamboree 2013
Norazlin Mahfoz, satu-satunya wakil WJBR ke Burung Hantu Jamboree 2013

Anjuran Shimano Burung Hantu Nite Jamboree 2013, 14-15 Sept 2013 bertempat di Stadium Hang Jebat Melaka dan bermula jam 8.30 malam. Diringi hujan lebat masa perlepasan hingga la tamat . Jiwa yang kental dan mental yang kuat sahaja dapat menghabiskan kayuhan pada malam ini.


                                                   
Terengganu Century Ride 2013


Eika, peserta tunggal wakil WJBR ke Terengganu Century Ride 2013
15hb Sept 2013, bermula di Pantai Batu Buruk tepat jam 8.15 pagi masa perlepasan dilakukan. Disajikan pemandangan di tepi pantai dan laluan-laluan yang menarik , walaupon cuaca panas pelumba dengan penuh semangat menamatkan kayuhan masing-masing. Seramai seribu lebih riders dan sejauh 160km jarak kayuhan. Kayuhan yang mencabar dan pengalaman yang tidak akan dilupakan.



Kayuhan Taman Negara Merapoh Ride 2013

Taman Negara Pahang

Nor Suhaila, satu-satunya wakil WJBR ke Merapuh Ride
Aktiviti di Taman Negara Merapoh ini di adakan selama dua hari, bersama ahli-ahli Cycle2C keluar dari daeraah masing-masing untuk merasai kayuhan di luar daerah.pada hari pertama 14/9/13 menuju ke Gua Musang dan sempat juga mendaki Gua Musang setinggi 700 meter. Indah sungguh pemandangan di puncak Gua Musang dan kelihatan jelas bandar  Gua Musang. Jarak kayuhan pada hari ini sebanyak 32 km. Hari pertama explore gua-gua berhampiran seperti Gua Musang,Gua Madu dan Tokong paling tua di Asia.
                                               
Bergambar kenangan bersama-sama ahli Cycle2C di hadapan Gua Musang
Pada hari kedua bermula dari Gua Musang jam 8.30 pagi , seramai 4 riders 100% on road. menuju ke Merapoh. Jarak kayuhan pergi dan balik kira-kira 32km. Cuaca agak baik dan sejuk di sebelah pagi memberikan semangat untuk meneruskan kayuhan. Sempat juga pergi ke Taman Negara Sungai Juram untuk bermain-main bersama ikan-ikan kelah yang jinak. Pengalaman yang sungguh seronok dan tidak akan dilupakan. Terima kasih diucapkan kepada semua.



3rd Ronda Riadah Mega Ride 2013


Mega Ride 2013 bermula di Bandar Dato' On, Johor Baharu. Walaupon cuaca mendung serta hujan tidak mematahkan semangat kami semua untuk meneruskan kayuhan. Sebanyak 52km , 90% off road dan 10% on road. Event terbesar di Johor Baharu ini  tidak akan kami lepaskan. Seramai empat orang wakli dari WJBR menyertainya. Alhamdulilah walaupon di kalangan kami tidak dapat naik podium pada hari ini tetapi masih lagi top 20 dan menghabiskan kayuhan dengan selamat. Trail memang mencabar tambahan lagi jalan yang licin dan berbatu-batu.

Logo WJBR turut serta di banner Mega Ride 2013

Bergambar bersama-sama ahli PTK dan banner event kami yang bakal berlangsung pada tahun hadapan
Dani,Sue & Gem antara wakil WJBR

Wakil WJBR bersama ahli PTK

5km sebelum masuk off road

jalan yang agak licin 

Kayuh dengan penuh semangat


antara riders WJBR yang sampai ke garisan penamat

Siti turut menyumbangkan tenaga sebagai Marshall 

Registration 

Thursday, September 12, 2013

WJBR Night Ride With PTK~13/9/2013



Dani bersama banner event kami yang bakal di buat pada awal tahun hadapan


Bertempat di Petronas Bandar Putra 3, Kulaijaya WJBR sebagai tetamu di malam ini atas jemputan team PTK Kulaijaya memulakan kayuhan malam. Seramai 34 riders turut serta, 100% on road sebanyak 40 km. Destinasi pertama kami adalah Air Port Senai.


Cupi Ride 2014 itula nama event kami nanti, terima kasih diucapkan kepada abang Hj.Azman dan Kak Noor

WJBR yang hadir pada malam ini

Bergambar bersama dengan otai-otai power

CP1, Air Port Senai bersama rider baru-Kak Rose

Sebahagian ahli PTK yang turut sama 

Orang kuat PTK

CP2 ,JPO
Destinasi kedua kami ialah JPO, laluan yang selamat dan jalan yang luas memudahkan kami sepanjang berkayuh, lampu jalan yang terang dan kurang kenderaan amat sesuai untuk kayuh di sini. Semua riders laju tapi menunggang dengan keadaan selamat.

Seronok bila kayuh beramai-ramai

Supper dulu sebelum balik
 Terima kasih kepada team PTK Kulaijaya kerana menjemput kami pada malam ini,  seronok dan puas kayuh disini. Sambil minum kami berbincang serba sedikit mengenai event-event yang akan kami anjurakan dengan usaha sama dalam masa terdekat ini. Semoga kami terus bersatu dan bersemangat.

Bergambar bersama WJBR kulai

Gembira dan segar je..


"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi"