Sunday, October 6, 2013

WJBR di PAM Charity Ride ~6/10/13





Bersempena WORLD DAY OF ARCHITURE 2013, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) cawangan selatan dengan kerjasama MPPG Majlis Perbadanan Pasir Gudang, Princetown Knight(PTK) Kulaijaya dan WOMEN JB RIDERS akan menganjurkan Kayuhan Amal Berbasikal bagi tujuan mengutip dana untuk Dana Bakti Majlis Perbadanan Pasir Gudang, Johor.


Seawal jam 7.00 pagi kami dah terpacak disini


Selamat Pagi WJBR! Seawal jam 7.00 pagi kami berkumpul di Hutan Bandar Kulaijaya untuk turut sama membantu di kayuhan amal pada pagi ini. Dengan bangga menyarungkan tshirt WJBR berwarna pink kami turut membantu dan menjayakan kayuhan amal ini. Walaupon hujan lebat pada subuh hari dan gerimis ketika kami tiba tidak melumpuhkan semangat kami. 

Setelah taklimat kami memulakan kayuhan dengan diiringi motor polis dan krew serta ambulance ke Gunung Pulai. Kami berhenti rehat selama 5 minit di setiap kawasan dan memulakan kayuhan dalam bentuk kumpulan dan berbaris. Perjalanan kami sejauh 53 km on road laluan tidak sibuk menjadikan perjalanan kami lancar. Setibanya di kaki Gunung Pulai kami berehat sambil menunggu riders yang lain berkayuh ke puncak Gunung Pulai. Sebelum kami bertolak semula ke tapak event kami sempat mengira hasil kutipan derma hasil daripada sumbangan kami semua.

Perjalanan pulang agak panas, kami berhenti beberapa kali dan terdapat kemalangan kecil berlaku namun dengan tindakan pantas pihak keselamatan keadaan terkawal dan tiada kecederaan berat berlaku.
Kami tiba di tapak event dengan selamat sambil menikmati hidangan tengahari kami. Nasi beriani daging dan ayam, buah-buahan,minuman dan bubur pulut hitam di sediakan oleh Kak Rohaya.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua peserta. Tahun depan jemput kami lagi ya..

Penyeri kayuhan amal
Swiper


Turut membantu di base


Bersiap sedia untuk memulakan kayuhan

Cuaca di pagi ini agak baik dan sejuk

Keadaan lalu lintas yang kurang sibuk

Add caption

Cuaca agak baik pada pagi ini

Laluan yang selamat disediakan

Antara riders pro yang hadir

Keadaan lalu lintas yang terkawal

Sempat posing tu

Berhenti bagi mengumpulkan semua riders sebelum meneruskan kayuhan

Berkumpul sebelum meneruskan kayuhan,memastikan semua riders ada

take 5 , pisang dan mineral water

Pisang adalah makanan wajib di setiap acara berbasikal

masa utk posing

Pink yang menyerikan acara berbasikal


posing lagi


Take 5 di Taman Melati


Meneruskan kayuhan ke Gunung Pulai














Take 5, menghampiri gunung Pulai

Tempat rehat dan berkumpul di bawah gunung Pulai

Mengira duit hasil kutipan derma

Monday, September 30, 2013

Test Food Ride at Kota Masai~ 1/10/13

Bergambar sementara tunggu chief sampai

Kayuhan ini sempena Test Food untuk SAXC MTB XC Challenge di Senai Air Port pada hari Ahad 24/11/13. 

Sebelum kami test food dari Kak Aya, kami kena training dulu di trail Kota Masai. Berkumpul di rumah Kak Aya dan mula latihan pada jam 5.00 petang. Jarak kayuhan 12 km sahaja tapi memang kami layan bukit yang panjang-panjang saja la, training la katakan..

Maklumla kaum ibu-ibu nie kadang kala saja dapat membuat latihan off road nie, bila dapat peluang apa lagi meriahla dalam off road nie, banyak gak gambar bukti training kami. Kami tak dapat kayuh jauh disebabkan masa tak mencukupi jadi Dani memang bagi latihan Up Hill dan Down Hill je la.

Seramai lapan riders sahaja yang masuk off road yang lain-lain datang untuk test food sahaja di sebabkan tanggungjawab kerja,anak dan jarak. Setelah penat berkayuh kami di sajikan dengan hidangan kampung oleh Kak Aya. Siap dengan ulam, buah-buahan, bubur pulut hitam dan air bandung juga kopi apa lagi memang membuka selera kami , makan sampai tak tengok orang kalau mak mertua lalu pon tak nampak..

Kesimpulanya Test Food tu memang sedap, sesiapa yang rindukan masakan ibu dan kampung memang pilihan terbaik la. Selepas makan kami bersembang dan berbincang mengenai event yang akan kami sertai nanti. Memang meriah la suasana disini macam open house hari raya pula, semua dengan gelak ketawa dan cerita dan gaya masing-masing yang mencuit hati.

Terima kasih kepada Dani yang menjadi lead kami dan Kak Aya yang menyediakan hidangan yang sedap ini. Kalau ada kelapangan boleh la kita training di sini lagi..

Baru naik bukit termengah-mengah pon sempat bergambar

training Up Hill

Chief dah tunggu tu..

Eyahh...habis dah paling kecik gear dah..

Semput naik bukit tapi bab gambar sempat senyum tu

Kak Nik dah tukar angin dari main Road Bike pon leh tukar Mountain Bike.. 

Relax jap..

Posing dulu sebelum makan...sejukan badan dlu baru boleh makan, orang belakang tu (chief) dah tak tahan bau makanan

Lemak labu dan ayam masak merah

Ulam-ulaman

Urap dan buah-buahan


Sambal belacan mesti ada baru lengkap


Ikan kering menambah aroma
Dah boleh senyum lebar sebab dah kenyang 

Macam-macam ada..

Sunday, September 29, 2013

Kayuhan Hujung Minggu WJBR, MCC & OJCT ~29/9/13

Kayuhan Jeram, Kulai , Johor

Gambar kenangan sebelum memulakan kayuhan

Walaupon hujan lebat pada awal pagi tidak mematahkan semangat kami untuk berkayuh pada hari ini, aktiviti kayuhan pada hujung minggu sudah menjadi seperti satu kewajiban pula. Kalau tidak dapat berkayuh beramai-ramai bagaikan kekuragan sesuatu pula. Bertempat di Taman Melati, Kulai Johor kami bersama-sama kelab MCC dari Kulai dan OJCT dari Austin berkumpul beramai-ramai sebelum memulakan kayuhan. 95% off road dan 5% on road yang mengambil masa 3 jam setengah dan sejauh 26 km dan seramai 26 riders yang hadir. Kira-kira 1 jam kami mengambil peluang berendam di Jeram sambil menikmati nasi lemak dan air yang sejuk dari gunung. Jeram nie memang popular di disini, jalan masuk ke trailnya pon banyak. Dari jarak yang dekat hingga la yang mencabar, memang sesuai untuk training.

Laluan pada hari ini santai sahaja untuk memberi ruang kepada rider baru dan kanak-kanak. Untuk yang dah pro disediakan juga bukit yang mengancam. Cuaca juga menyebelahi kami, mendung dan sejuk je.

Di pagi yang mendung memang seronok dapat berkayuh beramai-ramai

Anatara WJBR yang turut serta

Bersama ahli baru dan lama WJBR

Terima kasih daun keladi kepada Abang Rosli yang menjadi lead kami , MCC dan juga OJCT. Kalau ada kelapangan di lain hari kami akan datang lagi. Terima kasih untuk trail yang best dan tak lupa kepada semua yang hadir pada hari ini diucapkan terima kasih dan jumpa lagi.


Sejuk je tempat nie

Sementara menanti riders lain sempat bergambar tu


Berkumpul di check point sementara menunggu riders lain sampai

Jalan masuk ke Jeram

Dari atas bukit di Jeram-Single trail pendek saja

Masa untuk menyejukan badan dan bersantai