Ahad, 7 Dec 2013 Polis Di Raja Malaysia menganjurkan kayuhan sempena "Crime Awareness Day" peringkat Negeri Johor 2013 bertempat di Tesco Tebrau, Johor Baharu. Seramai 200 peserta menyertai kayuhan pada hari ini. Bermula dari Balai Polis Setia Indah, cuaca yang agak panas kami berkayuh melalui Taman Daya dan seterusnya ke Austin Perdana dan kami disambut dengan baik di Tesco Tebrau.
Setiba di sana kami mendengar ucapan daripada ketua polis Johor dan beberapa tetamu VIP lain. Kami turut di meriahkan dengan perasmian "Crime Awareness Day" dan disertakan 2 buah sketsa PDRM untuk pengajaran kepada orang awam berkenaan keselamatan dan penipuan dimana kita semua patut lebih berhati-hati walau dimana kita berada.
Kami juga disediakan jamuan ringkas dan sedap oleh pihak penganjur. Setelah tamat majlis kami di iringi polis bermotosikal dan motor berkuasa besar untuk meneruskan perjalanan pulang. Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menyediakan makanan dan goodies bag serta terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan acara ini, semoga berjumpa lagi.
![]() |
Sebelum berangkat ke Tesco |
![]() |
Bersedia untuk bertolak ke Tesco |
![]() |
Susunan basikal peserta |
![]() |
Walaupon cuaca agak panas kami tetap ceria |
![]() |
Antara VIP yang hadir |
![]() |
Ketua Polis memberi ucapan |
![]() |
Ucapan yang pendek tetapi cukup padat |
![]() |
Mendengar ucapan dan berehat |
![]() |
Tshirt yang diberikan |
![]() |
Sketsa daripada PDRM |
![]() |
Barisan unit motor Polis Di Raja Malaysia |
![]() |
Bersedia untuk pulang ke Balai Polis Setia Indah |
![]() |
Gambar beramai-ramai di hadapan Balai Polis Setia Indah sebelum bersurai |
![]() |
Map kayuhan |
No comments:
Post a Comment