Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1 Malaysia (CCIM) 2013, bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Baharu. Seawal jam 6.oo pagi kami bertugas sebagai krew berkumpul di Tapak event bersedia menyumbangkan tenaga. Kami dikehendaki mendaftar dan mengambil goodies, sticker, medic, makanan ringan sebagai sarapan di CP dan mineral water untuk peserta. Krew di bahagikan kepada 4 check point. WJBR di tempatkan di CP4, CP terakhir di kilometer 38. Tempat yang sangat strategic berhampiran tokong cina di atas bukit dan jalan berturap.
Seramai 7 krew perempuan dan 3 medic serta geng-geng motor turut bersama kami di CP4. Cuaca pada hari ini agak panas tetapi semangat krew dan peserta tetap berkobar-kobar. Kerja kami ialah menampal sticker, memberi mineral water dan membantu kepada pengayuh yang cramp. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lacar hasil bantuan abang ijat dan semua pengayuh dan krew. Kami selesai tugas di CP4 pada jam 2.30 petang dan kembali ke Base.
Terima kasih kepada pihak penganjur kerana turut memberi kami RM50, madel dan sijil sebagai krew di Harian Metro Mountain Bike Grand Prix ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
 |
peta event |
 |
Meeting krew pada hari sabtu sehari sebelum event |
 |
Antara kenderaan yang digunakan di trail untuk memantau peserta |
 |
Kami bersedia ke CP4 |
 |
Sempat mengambil gambar peserta sebelum berlepas |
 |
Seramai seribu lebih peserta hadir |
 |
Memasang kemah Metro di CP4 |
 |
Krew CP4 |
 |
Sedia berkhidmat |
 |
Geng Motor, peninjau trail |
 |
Orang kuat, ketua krew kami abang Ijat dan jurukamera kami Dot |
 |
Suasana di CP4 |
 |
Riders yang sampai, penat mendaki bukit tu |
 |
Cuaca yang panas, berhenti rihat seketika |
 |
Sticker..sticker... |
 |
Berehat minum air dan makan pisang |
 |
WJBR sentiasa di sini.. |
Akhbar Harian Metro:-
No comments:
Post a Comment