![]() |
Antara yang turut serta |
Hari ini saya menyertai kumpulan OJCT ke Waterfall Kota Tinggi, jarak kayuhan dalam 2 km sahaja. Pendek saja kan sebab kami nak bermandi manda dan hiking di sini. Sebahagian dari kami tidak sama-sama berkayuh tetapi berjalan kaki melalui trail untuk ke air terjun. Ini bukan air terjun yang biasa dikunjungi ya, ia air terjun hanya sesiapa yang berjalan kaki atau berbasikal sahaja boleh sampai ke sini.
Sebelum ke air terjun kami yang membawa basikal berkayuh ke bukit yang bertingkat-tingkat untuk stamina dulu. Berpeluh juga dibuatnya walaupon 2km, terdapat kuari memproses bijih timah di atas bukit. Setelah itu kami meneruskan kayuhan kami ke air terjun. Kami melalui beberapa anak sungai untuk kesana. Tak jauh sangat la, sampai saja kami terus menyejukan badan. Air disini sejuk.
Setelah itu kami meneruskan pendakian kami ke atas bukit dan melalui beberapa laluan yang tinggi yang memerlukan tali dan berhati-hati disebabkan batu-batu disini terlalu licin. Kami bertempung juga dengan beberapa kumpulan pendaki lain disini. Pemandangan air terjun disini sangat cantik dan sejuk. Memang seronok bila menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini, rasa puas mandi disini dan melihat kehijauan hutan yang masih kekal bersih. Cuaca pon agak baik pada hari ini walaupon hujan pada sebelah pagi tadi.
Kalau ada kesempatan lagi kami akan kembali lagi ke sini.
![]() |
Kayuh dulu sebelum main air |
![]() |
Main bukit melalui kawasan kuari bijih timah |
![]() |
Berjaya sampai di atas bukit |
![]() |
Kayuh ke air terjun pula |
![]() |
Antara anak sungai sebelum ke air terjun |
![]() |
Banyak juga cabaranya |
![]() |
Anak sungai yang cantik dan bersih |
![]() |
Laluan anak sungai dan batu-batu |
![]() |
Disini la air terjun tempat kami berhenti, tapi masih ada beberapa lagi diatas |
![]() |
Air yang dingin |
![]() |
Cantik tempat nie dan air yang biru |
![]() |
Mendaki mengunakan tali untuk sampai ke air terjun yang lagi tinggi |
![]() |
Melalui kawasan batu yang licin |
![]() |
Nie la air terjun yang kami pergi, cantik dan tinggi |
![]() |
Pulang semula ke kawasan rehat kami kena la melalui jln air |
![]() |
cantik tempat nie.. |
No comments:
Post a Comment