Sunday, November 24, 2013

WJBR sebagai Krew dan Peserta di SAXC MTB XC Challenge 2013



SAXC MTB XC CHALLENGE 2013


 kami di SAXC MTB XC Challenge 2013, bertempat di Senai Air Port pada 24hb November 2013. Women JB Riders turut menyumbang tenaga sebagai Krew di Base dan CP2. Kami turut mewarnai event dengan kemeriahan warna merah jambu, kemanisan sirap bandung yang kami sajikan di CP2 turut digemari. 
Seawal jam 6.30 pagi kami berkumpul di Hutan Bandar Kulaijaya bagi yang bertugas di CP2 dan di Base(Air Port Senai), masing2 telah diberikan penerangan pada malam sebelumnya. Tugas kami antaranya ialah menampal sticker,memberi air mineral,100%, bandung dan pisang dan yang di base pula memberikan medal,air dan roti kepada riders yang tiba di garisan penamat.
Memang meriahla bila kena serbu dengan riders yang sampai ke CP dan base tak menang tangan dibuatnya tapi keadaan terkawal dengan adanya pengalaman dan krew-krew terbaik kami. Cuaca pada hari ini agak baik, walaupon riders yang sampai dengan berbagai kerenah tapi kami tetap senyum dan cuba memberikan layanan yang terbaik. Alhamdulilah tidak ada sebarang kecederaan yang teruk dialami oleh riders yang sampai ke CP dan base. Bukan senang ya hendak menjaga dan melayan 1400 peserta yang menyertai acara ini.
Setelah CP2 ditutup lebih kurang jam 12.00 tengahari kami membersihkan kawasan dengan mengutip segala sampah seperti botol, bekas minuman yang riders telah gunakan. Setelah semua bersih dan semua riders telah keluar dari CP2 kami berangkat pulang ke base. Rakan kami di base masih meneruskan tugas menunggu riders sampai dan mengalungkan medal.
Jam 2.00 petang kami ada interview oleh wartawan dari Harian Metro, tujuan mereka untuk mempromosikan acara basikal Harian Metro yang akan diadakan pada 22/12/13 ini. Setelah di temuramah dan bergambar beramai-ramai, kami berehat sambil menunggu acara selanjutnya iaitu Lucky Draw. Saya pulang terus kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan berada lebih lama disana. Rakan-rakan kami menunggu sehingga acara tamat dan membantu membersihkan kawasan dan bergambar beramai-ramai bersama-sama krew yang lain.
Tahniah kepada semua krew dan pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan, menjalankan tangungjawap dan menguruskan acara berbasikal yang besar ini. Semoga di tahun hadapan kita boleh bersama-sama lagi. Dari segi goodies bag,minuman,makanan,trail dan layanan boleh dikatakan terbaeeekk..
Terima kasih semua.

Posing dulu sebelum masuk CP2

Menyusun dan membuka penutup botol air mineral, sampai pedih jari memutarnya

Yes! WJBR menyerikan CP2

Disini la tempat kami berkerja..Terima kasih krew lelaki kami mengantungkan banner WJBR


Nasib baik nampak ada ulat bulu kat daun tu, kalau x mengaru la riders yang lalu nanti

Kami krew CP2..

Ila sedang menyediakan Air Bandung...


Kak Noor juruphoto CP2

Kesibukan di CP2

Sempat posing sebelum riders sampai

Senyum gembira Cik Mah

Krew tampal sticker

Bergambar sebelum tutup CP2

Ila tengah sembelih Chicken, riders yang menuju jalan pulang




Bandung..! Bandung...!

Kejar jangan tak kejar, tak ada sticker tak kira habis tau

Tampal kak jangan tak tampal

Banner WJBR di CP2

Lin antara WJBR yang kayuh

Seronok jadi krew

Siti dan Hajar antara yang bertugas di Base

Kami krew CP2 baru keluar setelah CP2 ditutup

Bergambar bersama krew di Base dan Rider


Gembiranya bila dapat berkumpul begini


Di base pon sibuk juga bila semua riders sampai

WJBR yang bertugas di Base

Meriah krew WJBR di Base

Mai la makan roti..

Tak lepaskan peluang bergabar bersama

Comel-comel semua, manis senyuman 

Kak Aya walaupon tangan patah tapi masih turut sama bertugas

Orang lama dan baru

Bergambar bersama wakil WJBR,Ika 



Aksi WJBR 

Merah yang turut menyertai event ini

Selamat menghabiskan kayuhan

Berehat jap dalam Air Port

Sempat diaorang berposing sementara saya di temuramah oleh Harian Metro

Posing time, siap pinjam basikal riders lain lagi

Juruphoto Harian Metro mengambil gambar WJBR

Ok, nice

Gambar kenangan oleh Krew setelah event selesai

No comments:

Post a Comment