Saturday, December 14, 2013

Kembara Berbasikal Siem Reap Cambodia - Ho Chi Minh City Vietnam 5 -14 Dec 2013"






Hari Pertama 

Tiba di Siam Reap dr LCCT KL, pukul 9.30 pg. Cuaca pagi ni sgt baik suhu 23 darjah celcius rasa mcm dekat Cameron Highland/Genting Highlands pulak. Sebab Siam Reap ni dah bahagian cambodia utara jadi angin sejuk dr China Vietnam Utara yg nak musim salji tu turunlah jugak sikit kat Siam Reap ni hehe..sampai saje di airport kami telah disambut oleh pekerja guesthouse yg telah kami tempah di siam reap nama guesthouse Bou Savy semalam USD 12 untuk double bed room. Kami menaiki tut tut yang di gelar penduduk setempat yg berupa motor yang di ubah suai untuk mengangkut orang dan barang. Dari airport ke guest house kami lebih kurang 6km dan bayaran sebuah tut tut sebanyak USD 3. Kami terpaksa ambil 2 tut tut sebab satu tut tut nak bawak basikal kami berempat.
Selepas breakfast dan siap kami siap kan basikal kami dan terus kayuh ke angkor wat,angkor bayon and angkor thomb Kayuh dekat 30 km pegi balik dari guest house kami dan tiket one day visit usd 20. Tempat angkor ni sebesar alam. Dekat maghrib baru habis lawat dan pada sebelah malamnya kami berjalan di night market siam reap dan terjumpa kedai makan halal orang malaysia. So kami pun makan malam di sana saja.






















Hari Kedua

Ke Phnom Penh dari Siam reap kami menaiki bas express shj oleh kerana masa terhad dan perjalanan mengambil masa 6 jam 300km. Kami menaiki bas express VIP USD 13 + 3 sebab ada cargo basikal. Tiket siap air dan makanan..dan wifi ya..kat malaysia ada..? hehe..Ada pemandangan semasa kami menaiki bas dan semasa bas berhenti rehat kat tepi jalan ada jumper ulat2 goreng seperti cengkerik belalang dan sebagai untuk dijadikan kudap kudapan. Sampai di phnom penh  dekat pukul 3.30 ptg dan kami menginap di europe guesthouse. Kawasan yang kami duduk ni kawasan backpackers. So, penginapan murah usd 14 semalam untuk queen size bed room. Dekat dengan penginapan kami ada restoran halal di usaha oleh orang champa. So makan malam di sini dan malam cuci mata tengok night market orang phnom penh. Kalau kat jb atau kl bazar karat kalau makan ada siap tempat duduk meja tapi kat sini makan atas tikar ajer baru mesra alam hehehe..


















Hari Ke Tiga

Masih di Phnom Penh, dan hari ketiga ni kami nak pegi melawat tempat sejarah berdarah semasa pemerintahan pemimpin khmer rouge bernama pol pot. Boleh google kalau tak tau siapa pol pot sebenarnya. Pemimpin yang sangat kejam yang membunuh rakyatnya sendiri hanya semata2 menganggap setiap rakyat adalah tidak boleh dipercayai dan motto pol pot ni senang jer " biar tersalah bunuh orang dari rasa bersalah membiarkan orang bersalah bebas di luar sana". Tempat yang kami lawati adalah penjara toul sleng dan killing field. Kedua2 tempat ni menunjukkan bagaimana orang2 askar khmer rouge pol pot menyeksa, membunuh sepuas2nya sehingga ada di antara cacat seumur hidup wlupun masih hidup sehingga sekarang. Lepas melawat tempat2 ini, kami ke salah satu perkampungan orang muslim di phnom penh untuk menunaikan hajat salah seorang dari kami yang nak buat aqiqah. Kami di jemput untuk makan dimasjid kampung tu dan di jamu makan kambing bako kelapa muda. Kata ustaz razali dari ez korban yang menetap di kampung ni, menu itu adalah tradisi makanan orang kemboja di phnom penh.























Hari ke Empat

Hari ni kami bertolak kayuh dari europe guesthouse phnom penh ke takeo (negeri dalam cambodia jgk). Perjalanan kayuhan sejauh 85km sungguh menarik wlupun keadaan jalan yang agak teruk berbatu2 dan berpasir, berdebu. Sy seorang jer yang degil tak nak pakai mask..sepatutnya kena pakai boleh bawak penyakit. Hampir 60 peratus perjalanan di jamu dgn keadaan jalan yang sebegitu. Kami cuma bimbangkan tayar kami koyak saje kalau pancit takpe lagi boleh tukar tiub tp kalau koyak mana nak cari tayar basikal sama jenis dgn basikal kami. Pengajarannya kalau bawak basikal lain dari lain kena lah bawak tayar spare. Sepanjang kayuhan terdapat banyak tempat untuk berteduh, contoh shell kiosk, air kelapa dll. Sampai di takeo lebih kurang 4 petang dan kami check in di guesthouse DaunKeo Guesthouse. Dalam traveladvisor ada guesthouse ni boleh search. Ramai backpackers kat sini gak murah usd 13 semalam untuk katil besar. di takeo ada jgk kampung orang islam dan makanan halal. So mudah bagi kami nak makan malam dan breakfast pada esok paginya.















                                                       












Hari ke Lima

Setelah bermalam di Takeo Cambodia keesokkan paginya kami bertolak ke Chau Phong Selatan Vietnam. So hari ini kami akan cross border utk ke negara lain yakni vietnam.Kebiasaan kalau hendak berkayuh jauh seawal 6.30 pagi kami dah start berkumpul check out bertolak terus. Kami cari sarapan kebiasaannya semasa dalam perjalanan. Tapi kalau takut tak jumpa tempat makan halal kami akan makan dulu bekalan kami seperti power bar atau roti sebagai alas perut. Kalau tak jumpa terus kami teruskan perjalanan juga, tapi nanti di pertengahan jalan kami akan cari maggi cup untuk di makan.Cuma kena cari air panas di restoran. Perjalanan Takeo ke Chau Phong sama juga lebih kurang 80km. Cuaca agak panas pada hari ini dan memang menguji mental kami berempat. Kali ini keadaan jalan agak baik sedikit dari semalam sebab kebanyakkan jalan berturap. di hujung perjalanan sebelum sampai border kami terjumpa masjid di kampung Treapeang Leuk. Kami singgah dan kami sangat gembira kerana ada di antara penduduk disini boleh berbahasa melayu kerana mereka pernah bekerja di Johor. Dengan menghargai kami sebagai tetamu mereka telah menghidangkan kami maggi halal yang boleh mengisi perut kami sementara untuk mengayuh lagi separuh hari. Alhamdullillah urusan kami di border vietnam cambodia Tien Binh sgt mudah dan berjalan lancar. Sepanjang dari cross border selatan vietnam kita di jamu dgn pemandangan sawah dan delta sungai mekong. Permandangan yg terang benderang sebab panas tapi sangat cantik. Dari Chau Doc nak ke Chau Phong kami kena naik ferry. Tambang lebih kurang dalam 50 sen untuk menyeberang saja tak sampai 5 minit. Chau Phong kami tak perlu risau kawan ustaz rozali di phnom penh mencadangkan kami berjumpa en.shafie untuk urusan penginapan dan makan. Sebab di Chau Phong ni sangat ramai penduduk islamnya. Jadi nak makan takde masalah. Masjid pun ada lima buah kat sini. Homestay paling murah sini dengan harga sebilik cuma USD 11 katil queen bed aircond.



























Saturday, December 7, 2013

PELANCARAN "CRIME AWARENESS DAY" ANJURAN IPK JOHOR 7.12.2013


Ahad, 7 Dec 2013 Polis Di Raja Malaysia menganjurkan kayuhan sempena "Crime Awareness Day" peringkat Negeri Johor 2013 bertempat di Tesco Tebrau, Johor Baharu. Seramai 200 peserta menyertai kayuhan pada hari ini. Bermula dari Balai Polis Setia Indah, cuaca yang agak panas kami berkayuh melalui Taman Daya dan seterusnya ke Austin Perdana dan kami disambut dengan baik di Tesco Tebrau.

Setiba di sana kami mendengar ucapan daripada ketua polis Johor dan beberapa tetamu VIP lain. Kami turut di meriahkan dengan perasmian "Crime Awareness Day" dan disertakan 2 buah sketsa PDRM untuk pengajaran kepada orang awam berkenaan keselamatan dan penipuan dimana kita semua patut lebih berhati-hati walau dimana kita berada. 

Kami juga disediakan jamuan ringkas dan sedap oleh pihak penganjur. Setelah tamat majlis kami di iringi polis bermotosikal dan motor berkuasa besar untuk meneruskan perjalanan pulang. Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menyediakan makanan dan goodies bag serta terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan acara ini, semoga berjumpa lagi.

Sebelum berangkat ke Tesco

Bersedia untuk bertolak ke Tesco

Susunan basikal peserta


Walaupon cuaca agak panas kami tetap ceria

Antara VIP yang hadir

Ketua Polis memberi ucapan

Ucapan yang pendek tetapi cukup padat

Mendengar ucapan dan berehat

Tshirt yang diberikan

Sketsa daripada PDRM

Barisan unit motor Polis Di Raja Malaysia

Bersedia untuk pulang ke Balai Polis Setia Indah

Gambar beramai-ramai di hadapan Balai Polis Setia Indah sebelum bersurai

Map kayuhan

Sunday, December 1, 2013

JB Heritage Ride 2013


JB Heritage Ride 2013 sempena hari keputeraan DYMM Sultan Johor yang ke 55 tahun. Diadakan di dataran Bandaraya Johor Baharu. Anjuran Pejabat Daerah Johor Baharu, Pejabat Belia dan Sukan, Gerakan Belia 4B dan Kelab Berbasikal Ronda Riadah. Seramai 820 peserta dari berbagai kelab turut hadir.
Melalui Danga Bay dan seterusnya ke Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan dan mendengar taklimat dan sejarah untuk pengetahuan dan tempat terakhir yang kami lalui ialah Stesen Keretapi Johor Baharu. Disana kami di beri taklimat dan mendengar sejarah tentang keretapi. Seterusnya berangkat pulang dan disediakan makanan ringan.
Terima kasih kepada pihak penganjur.

Di Bukit Timbalan

Berseri berlatar belakangkan bangunan lama

santai

Ceria dengan cuaca ala-ala Cameron Higland hari nie

Pendaftaran dan berkumpul

WJBR disini

Beratur untuk mengambil tshirt event

Dataran Bandara Johor Baharu

Kami la WJBR

Berehat di CP1, Danga Bay

Di CP2, Bangunan Sultan Ibrahim





Mengambil peluang bergambar bersama

unik

CP3, Stesen keretapi Johor Baharu