Sunday, September 14, 2014

Fun Ride Iron Horse

14 September 2014, Iron Horse di Kelapa Sawit Kulai telah mengadakan Fun Ride sejauh 40km. Laluan agak mencabar dan licin, oleh sebab ianya Fun Ride pihak penganjur menyediakan berbagai persembahan di dalam trail seperti show oleh pekerja-pekerja ladang, shower, drum dan pelbagai jamuan.
Tahniah kepada pihak penganjur dan peserta, semoga acara seperti ini akan terus mendapat sambutan di masa akan datang.























Sunday, August 31, 2014

99.9 MTB Jamboree 2014 ~31/8/14


99.9 MTB Jamboree 2014 telah berlangsung di Ladang keck Seng Kong Kong, Masai Johor. Seramai 600 peserta dari pelbagai kategori dan sejauh 35 km, Trail yang sememangnya digemari oleh peminat-peminat MTB seperti down hill, up hill, lecak dan parit semuanya lengkap. Beberapa hari hujan membasahi bumi johor membuatkan track kami bertambah adventure, hujan renyai-renyai dan panas pada tengaharinya membuatkan kami rasa cukup perasa. Apa yang seronok dan tak ada di track jamboree lain ialah sewaktu kami ingin menyeberangi parit, kami tidak disediakan jambatan tetapi kami di kehendaki mengangkat basikal kami dan menyeberangi parit yang setinggi betis dan pinggang, itu satu pengalaman yang unik..tapi sayang kasut kami hehehe. Walaupon ada dikalangan riders yang cramp dan tayar pancit tidak menghalang dan melemahkan kami untuk menghabiskan kayuhan ini. 

Alhamdulilah kawan kami Merah Mitaa Sari berjaya merebut kejuaran wanita pertama pada hari ini. Tahniah kepada beliau. Terima kasih kepada rakan-rakan kami yang menjadi krew dan memberi semangat dan tidak lupa tahniah kepada penganjur 99.9 MTB Jamboree 2014 kerana menyediakan track yang baik dan selamat buat kami semua.
Semoga kami akan terus menyertai setiap jamboree yang akan diadakan kelak.


Peserta bersedia di starting point

Jarak dan laluan 99.9 MTB Jamboree
Wakil WJBR yang turut serta

Krew & WJBR rider

Antara WJBR yang terlibat di 99.9 MTB Jamboree

Krew yang bersemangat
Apa-apa hal pon kita posing dulu




Menampal sticker starting 





Bukit yang panjang tetap kami kayuh


Parit yang memang sengaja tidak disediakan jambatan untuk memberi lebih adventure


Biar mereka tolak tapi kami tetap kayuh semasa mendaki bukit


Rider wanita pertama melintasi CP 2

Tahniah! wanita pertama 99.9 MTB Jamboree, Merah

Saturday, August 30, 2014

Merah Mitaa Sari Mekanik Basikal Wanita

Merah salah seorang ahli WJBR yang sedang bergiat active di bidang sukan berbasikal di Johor mahupun di  luar Johor. Baru-baru ini beliau telah menghiasi majalah Suara Hati Rider, No.1 Edisi pengenalan Aug 2014.
Tahniah kepada beliau semoga terus berjaya didalam sukan yang di ceburi.



Cover Majalah Suara Hati Rider



Page 18


Page 19


Page 20

Page 21




Saturday, June 21, 2014

Kayuhan Santai Kembara Mahkota Johor 2014


Perasmian Kembara Mahkota Johor pada 21-24 Jun 2014 di rasmikan di Dataran Bandaraya Johor Baharu. Pelbagai masyarakat turut hadir bagi memberi semangat dan sokongan kepada Kembara Mahkota Johor.
Kayuhan di sekitar bandaraya Johor Baharu sejauh 16km disertai 200 riders, kami di berikan tshirt, bendera,  pelbagai cenderahati dan makanan secara percuma. Semoga Kembara Mahkota berjalan dengan lancar dan berjaya mendekati rakyat dan matlamat. 
Daulat Tuanku...





Wakil WJBR yang turut hadir

Berlatar belakangkan Jam besar dataran Bandaraya Johor Baharu

TMJ yang sempat kami fotokan

Bersama DJ Best FM, Mel

Bergambar bersama-sama WJBR

WJBR tetap bersama


Kemeriahan dan kecerian terpancar walaupon panas terik

Bersama rider PTK, DJ Best FM 

Posing dulu sebelum bermula kayuhan




Saturday, June 7, 2014

3rd Pocong Nite Ride 7&8/6/14

3rd Pocong Nite Ride yang dianjurkan oleh OJCT dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Stadium Mini Kulaijaya. Adalah acara berbasikal pada waktu malam yang agak mencabar sejauh 37km. Laluan yang disajikan agak lecak dan berbukit, adalah antara trail yang memenuhi citarasa pengemar sukan MTB.
Wakil WJBR Nur Atiekah telah mengharumkan nama WJBR dengan mendapat tempat kedua dalam acara women kategory. Tahniah kepada semua peserta dan pihak-pihak yang terlibat. Anda sememangnya terbaeek!



Ika & Hajar antara nama yang dikenali dan sentiasa mendapat ranking

Antara pelumba MTB wanita pada malam itu

Bergambar kenangan bersama kumpulan basukal MTB yang lain

Nur Atiekah bersama ayahnya. Ayahnya juga salah satu pemyumbang kejayaan Atiekah

Tempat kedua dalam acara wanita berbasikal

Bergambar bersama Top 10

Bersama krew di CP2
                       

Bergambar kenangan bersama DJ Best FM (Mel& Suhaimi) yang turut sama berkayuh malam itu.