Tuesday, May 27, 2014

Happy Ride ~WJBR bersama Happy Riders Connect ~27/5/14


Setelah lama tidak bersua dan kayuh bersama pada malam ini kami berkumpul atas undangan Datin Zakiah Meraslam untuk bersama-sama Happy riders Connect berkayuh di sekitar Bandaraya Johor Baharu.
Jarak kayuhan kami sejauh 13km seramai 30+ riders. Memang seronok bila mana jarang berjumpa disebabkan kesibukan masing-masing kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar sepuas-puasnya dan berbual walaupon masa singkat.
Terima kasih kepada Datin Zakiah , Mr.Stephen Ngu dan Happy Riders Connect kerana sudi menjemput dan berkayuh bersama kami.
Semoga kita berjumpa lagi dan sihat-sihat selalu..



 













Mendengar taklimat oleh Ketua Polis JBS




















Saturday, May 17, 2014

Ride Of Hope(Adik Harith) ~17/5/14


Ride Of Hope di anjurkan oleh kelab KBSC dan PTK bagi mengutip derma untuk adik Muhamad Harith, adik Harith disahkan mengidap lekaemia dan sedang menjalani rawatan kimotrapi di HSI. Acara berlangsung di Bandar Putra, Kulaijaya, jarak kayuhan sejauh 25km. 
Acara lelongan amal dan lucky draw juga turut diadakan. DJ Best FM (Mel Ismail) turut sama-sama berkayuh.

Semoga adik Harith cepat sembuh dan menjalani kehidupan sihat seperti biasa dan dapat melanjutkan pelajaran dengan cemerlang di masa akan datang.

Adik Muhammad Harith


Harian Metro






Bergambar beramai-ramai di dalam off road CP1

Sumbangan ikhlas yang dapat di kumpulkan untuk adik Harith

Wednesday, April 16, 2014

Ronda Riadah Jelajah Johor 2014 ~12-16/4/14


Ronda Riadah Jelajah Johor "Crime Awarness" 2014 adalah tahun ketiga di anjurkan oleh Ronda Riadah, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan malaysia.
Selama 5 hari bermula pada 12 April 2014 bermula di Dataran Banadaraya Johor disertai lebih seratus peserta termasuk wartawan radio Best FM, Best Johor FM, Sinar Harian, Metro dan turut disertai oleh Riders dari Singapura . Menjadikan acara RRTDJ pada kali ini yang paling meriah.

Hari pertama 12/4/14 dari Johor Baharu ke Mersing sejauh 170 km, Kami berhenti di Dataran Kota Tinggi  sebentar dan berehat dan makan tengahari di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara. Sambutan yang diterima kami amat meriah sekali dengan paluan kompang,pencak silat dan tarian kuda kepang. Kami deisajikan dengan masakan kampung yang sunguh menyelerakan.
Kami meneruskan kayuhan ke Mersing dan terus ke Air Papan, di situ kami menyertai aktiviti mengutip sampah di sekitar pantai Air Papan dan setelah menjamu selera kami pulang ke Hotel Sri malaysia.






Hari kedua kami dari Mersing ke Keluang, cuaca panas tidak melemahkan semangat kami. Sebab kami tau kami telah disediakan aktiviti-aktiviti menarik disepanjang RRTDJ kali ini, Sambutan di setiap Sekolah amat meriah dan menaikan semangat kami semua. kalau nak cerita disini memang tak habis-habis la. Memang seronok. Anda boleh saksikan sedikit sebanyak di video kami di bawah.





Hari ketiga kami berkayuh dari Keluang Ke Batu Pahat/Muar (Lenga), cuaca memang panas la tapi semangat kami makin membara. Mana tak nya kami sentiasa disajikan dengan sambutan ala-ala VVIP.
Hari keempat kami bermula dari Lenga ke Rengit












Tahniah kepada semua yang terlibat semoga akan ada lagi kayuhan seperti ini di tahun tahun akan datang bagi menjalin hubungan dengan masyarakat, pengayuh, jabatan Polis, wartawan dan pemandu-pemandu lain. Acara ini dilihat dengan cara langsung dann tidak langsung dapat memperkenalkan negeri Johor sebagai tempat pelancongan dan mempunya potensi menganjurkan aktiviti berbasikal dengan selamat dan meriah. Tahniah kepada pengayuh semua berjaya berkayuh sejauh 680km dalam masa 5 hari mengelilingi Johor sambil berbasikal. Semoga berjumpa lagi .

Dideo Kami :-