Saturday, March 1, 2014

3 Serumpun Heritage Ride in JB (Malaysia,Indonesia & Singapore) ~1/3/14

3 Serumpun Heritage Ride mengabungkan tiga negara berbasikal dan merapatkan silatulrahim diantara ketiga-tiga negara. Kami mengiringi tetamu dari Indonesia dan Singapura mengililingi bandaraya Johor Baharu secara santai sambil mengayuh basikal, antara tempat-tempat yang kami kunjungi ialah Masjid Sultan Abu Bakar, Kedutaan Indonesia dan  Bangunan Sultan Ibrahim.
Walaupon cuaca agak panas kami tetap bersemangat mengayuh. Kami berhenti makan tengah hari di Wisma Indonesia. Sambutan yang baik kami terima disana.
Pada sebelah malam pula kami mengiring tetamu kami ke Danga Bay, Dataran Bandaraya Johor Baharu dan terus ke Stulang Laut untuk menikmati makan malam kami. Setelah itu kami pulang ke tempat penginapan tetamu kami dan beramah mesra serta bertukar-tukar cenderamata untuk kenang-kenangan. Tetamu kami pulang ke Indonesia dan Singapure pada keesokan harinya.
Semoga dengan adanya acara seperti ini hubungan diantara 3 negara ini akan lebih baik dan berkekalan. Terima kasih tidak terhingga kepada riders Indonesia & Singapura kerana sudi berkunjung ke Johor Baharu dan berkayuh bersama kami. Diharap acara seumpama ini akan kita kekalkan dan akan berjumpa lagi di tahun hadapan .
Semoga berjaya dengan apa jua yang anda semua lakukan. Salam sayang dari kami di Malaysia.

"Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi"


Salam perkenalan

Bergambar bersama Abang Rosmadi polis trafik yang mengiring kami

Bergambar beramai-ramai dihadapan Suria College

Perlepasan

Bergambar di atas bukit Masjid Sultan Abu Bakar

Bersama tetamu kami dari Indonesia



Bergambar beramai-ramai di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan

Di Kedutaan Indonesia

Di Wisma Indonesia


Sebelum kayuhan malam

Bersama rider dari Singapura


Gambar kenangan di Dataran Bandaraya Johor Baharu

Ceria

Bersama PTK

Women Riders dari Malaysia dan Indonesia

Makan malam di Stulang Laut

Friday, January 17, 2014

WJBR Di Malam Penghargaan SAXC 2013




Malam penghargaan untuk semua krew semasa SAXC Challenge 2013 yang lalu di meriahkan di Tapak Kargo Airport Senai jam 9.00 malam. Dengan tema "ROCK " dan dihidangkan kambing golek dan bbq lain serta di sumbangkan juga dengan karoke oleh tetamu-tetamu yang hadir.
Majlis yang sederhana tetapi meriah, turut juga disediakan cabutan bertuah dan Ratu/Raja Rock pada malam itu. WJBR turut memeriahkan majlis tersebut dan mengambil peluang untuk berkumpul dan bergambar. Terima kasih kepada pihak penganjur Senai Airport dan juga PTK. Lain kali jemput la lagi.






















Saturday, January 4, 2014

Hari Besar Iza bersama WJBR~4/1/14


04 January 2014 tarikh bersejarah buat salah seorang rakan WJBR iaitu Iza, Beliau menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hatinya. Kami warga WJBR mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan dan bahagia hingga hujung nyawa.
Kami bersatu hati mengenakan baju kebangsaan WJBR untuk ke majlis besar beliau, selain daripada berbasikal .