Wednesday, September 11, 2013

Kayuhan Malam dari Kota Masai ke Teluk Sengat ~11/9/2013

Pada 11 Sept 2013, jam 6.15 petang kami memulakan kayuhan dari Kota Masai ke Teluk Sengat. Kami ditemani beberapa penungang lelaki. Pada hari ini juga kami merasmikan t-shirt baru kami. Laluan yang kami gunakan pada hari ini ialah 100% jalan raya dengan mengunakan Mountain Bike. Laluan berbukit tidak menjadi halangan bagi kami.
 Tempat rehat kami yang pertama ialah di Kong Kong, berlatar belakangkan pemandangan yang cukup menarik membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kayuhan .
Melalui jambatan ke Desaru untuk menuju ke Teluk Sengat , kami sempat merakamkan kenangan disini. Kami masih bersemangat dan bertenaga.


Tepat jam 8:00 malam kami sampai ke destinasi yang di rancang. Teluk sengat berhampiran jeti sekali lagi kami merakamkan kenangan kami. Sepanjang laluan kami disajikan dengan bukit dan ada di antara kami hampir berlangar dengan lembu, maklumla kawasan kampung. Suasana gelap sebab tiada lampu jalan. Mujurla kami semua membawa lampu yang cukup terang.
Setelah penat kami berehat sambil mengisi perut. Menjamu selera di hadapan jeti, Cantik juga pemandangan diwaktu malam tambah lagi dengan lampu-lampu di jambatan ke Desaru.
Setelah mengisi perut kami berangkat pulang, berehat sebentar di tol Pasir Gudang/Tanjung Langsat. Perjalanan pergi dan balik kami alhamdulilah selamat cuma ada kebocoran tayar basikal sahaja. Kami sampai ke Kota Masai jam 10.30 malam. 47 km pergi dan balik. Terima kasih kepada semua yang hadir, kami merancang akan mengadakan kayuhan malam lagi di masa terdekat ini.

Tuesday, September 10, 2013

Setia Indah,Ladang Ulu Tiram,JP Perdana,Setia Indah Training~10/9/2013





Setia Indah trail


Bermula jam 7:30 pagi di Setia Indah, training off road 80% on road 20%. Seramai 4 orang .Cuaca hari nie agak baik, mendung dan hujan renyai-renyai seakan menemani kami untuk training puas-puas. Laluan pertama kami mestila didalam Setia Indah, puas pusing kami ke Ladang Ulu Tiram,disitu banyak bukit yang tinggi-tinggi memang sesuai sangat untuk kami training tak kurang Down Hill yang memang hebat, kami mencuba trail bekas riders Down Hill di depan Kg.Oren. memang best.Cuaca berangin dan mendung membuatkan tak terasa penat .


Ladang Ulu Tiram

Ladang Ulu Tiram trail

Tangki air Ladang Ulu Tiram, tertinggi di sekitar Tiram

Diatas bukit Kg.Oren dimana trail Down Hill berada

Diatas bukit Pelangi Indah(pipe line trail)

Diatas bukit JP Perdana(bukit 190)

Puncak bukit 190


 Kami singgah di warung untuk membasahkan tekak dengan air kelapa. Kami meneruskan perjalanan ke JP Perdana pula. Mencuba bukit 190 di JP Perdana. Bukit semakin tinggi kami daki dan kayuh.. tak larat kami dibuatnya nasib baik cuaca menyebelahi kami mendung dan hujan renyai-renyai. Setelah Up hill dan Down Hill sampaila kami semula di Setia Indah off road dan selamat menamatkan kayuhan kami pada hari ini.
Terima kasih buat semua terutamanya Dani untuk GPS.. 47 km pergi dan balik.

Puncak bukit 190

Start down hill menjunam dari Puncak bukit 190

Pemandangan bukit-bukit 190


Video Kami

https://www.facebook.com/photo.php?v=10202072764202381&set=vb.1285370231&type=2&theater

Wednesday, July 31, 2013

Kayuhan Malam Seri Alam~ 31/07/13

Kayuhan malam 80% off road 10% on road di Seri Alam malam ramadhan. Seramai 6 orang. Bermula pada jam 8.30 malam. Laluan agak lecak melalui kebun getah(single trail) dan kelapa sawit.
Laluan single trail agak mencabar pada waktu malam disebabkan akar-akar pokok getah dan air yang bertakung dan jalan yang agak licin. Tapi kayuhan pada waktu malam menyeronokan sebab kurang tekanan disebabkan panas. Alhamdulilah kami pergi dan balik dalam keadaan selamat. Hanya 15km sahaja disebabkan keadaan malam yang gelap berbeza dengan kayuhan di siang hari.

Wednesday, July 24, 2013

RNR(Ramadhan Nite Ride) Seri Alam~24/7/2013

Ramadhan Night Ride disertai kami berempat dan seorang lelaki , berkumpul di Mamak Seri Alam. Kami memulakan kayuhan pada jam 8.30 malam. Cuaca agak baik cuma agak sejuk. Trail kami 90% off road dan 10% on road. Laluan pokok getah (single trail) dan kelapa sawit.


 Sejauh 20km itu yang hanya mampu kami lakukan bila kayuh didalam kegelapan malam. Jauh bezanya dengan kayuhan di siang hari. Laluan di Seri Alam ini agak lecak dan banyak akar pokok getah. Kami selamat pulang jam 12:00 malam. Terima kasih kepada Dani Norain yang jadi guide kami.

Sunday, July 7, 2013

Iskandar Johor Mega Ride~7/7/2013

 Menyertai Iskandar Johor Mega Ride 2013 pada 7/7/2013 sejauh 55 km. Laluan kurang bukit tapi agak jauh . Cuaca yang panas pada hari ini sedikit sebanyak mempengaruhi kayuhan kami. Kami selamat menamatkan kayuhan tanpa sebarang kecederaan.
WJBR yang turut serta pada hari ini
Turut hadir rakan kami dari Singapura~Nani


Bergambar bersama krew juga ahli WJBR(Pink Lady)





Dani Norain yang turut menyumbang tenaga sebagai Marshall pada hari ini
                                                                       
Ila Cozmix turut hadir memberi sokongan
                         

Tahniah!Berjaya naik podium pada hari ini~Amoy peek a boo


Wednesday, July 3, 2013

UniKL, Seri Alam Trail ~3/7/2013

Bermula di UniKL, Seri Alam jam 3:00 petang seramai 10 orang termasuk riders lelaki kami memulakan kayuhan di bukit wajib, ketingianya hingga tak terkayuh. Inila salah satu laluan semasa Wacycle XC Challenge pada 16/6/2013. Cuaca pada hari ini sangat panas sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kami, bagaimana pon kami tetap meneruskan kayuhan kami ini.













Video kami

https://www.facebook.com/photo.php?v=10201574846634753&set=vb.1285370231&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?v=10201464559237637&set=vb.1285370231&type=3&theater

Monday, July 1, 2013

Cover pictures






With our event's banner


Organised by WJBR, meet us there 


We are WJBR
                                                              
Know us with Pink T-shirt


WJBR