Monday, September 17, 2012

9th JB Art Festival Ride with RR~17/9/2013

Sebelum memulakan kayuhan
Kayuhan sempena JB Art Festival bertempat di Bukit Timbalan, Johor Baharu. Kayuhan sejauh 15 km di berikan t shirt,makanan dan minuman percuma antara kelebihan acara Fun Ride. Kami tidak melepaskan peluang yang di adakan. Seperti biasa kebanyakan ahli WJBR akan turut serta dan pada masa inila peluang kami untuk berkumpul bersama.

Pagi ini yang seronoknya kami dapat bersama-sama Datin Zakiah berkayuh di sekitar Johor Baharu dengan di iringi polis. Kami tidak la risau pasal keadaan lalu lintas sebab perjalanan kami di iringi Polis tapi kami masih terus mengambil langkah-langkah keselamatan semasa berkayuh. Ramai riders yang hadir pada hari ini dan semuanya memakai tshirt yang telah disediakan berwarna kuning, nampak berseri-seri.

Setelah penat berkayuh dan menjamu selera kami mula berangkat pulang. Terima kasih kepada pihak penganjur.
Masa untuk WJBR berkumpul dan bergambar

Seronok bila semua kaum hawa berkumpul

Bersama Datin Zakiah

Semangat berkayuh

kak Noor dan Kak Rose

Bersama Chief Ronda Riadah Tn.Hasbullah dan Datin Zakiah

Berkumpul di Dataran Johor Baharu

Sedikit penerangan dari pengacara


Saturday, April 7, 2012

Ronda Riadah Jemputan Khas Johor Corporation ~ 7/4/2012

Baru sampai

Ronda Riadah Jemputan Khas Johor Corporation bertempat di Bandar Dato Onn pada 7/4/2012. Jarak kayuhan 15+ km on road. Tiada yuran hanya di berikan t shirt,makan dan minum percuma serta lucky draw itula keistemawaan fun ride jemputan. Dimulakan dengan senaman ringan pemanas badan dan taklimat. 

Cuaca pada hari ini sangat baik, kami diiringi kereta polis sepanjang kayuhan itulah kelebihan berkayuh bersama Ronda Riadah. Warga Johor Corporation juga tidak ketinggalan menyertai kayuhan bersama kami. Setelah selesai kayuhan kami dihidangkan makanan dan lucky draw. Terima kasih kepada Ronda Riadah dan pihak penganjur.

Jom kita senam dulu

Longgarkan urat-urat yang tegang sebelum berkayuh

Anatar WJBR yang hadir sama

Sempat berehat di CP dan bergambar

cantik kan basikal Amoy Peek a Boo nie..

Merakamkan kenangan bersama Chief Ronda Riadah Tn.Hasbullah

Orang kuat Ronda Riadah Tn.Hasbullah dan En.Wan

Berhenti rehat di Cp, Balai Polis baru di Bandar Dato Onn

Kepanasan tidak melemahkan semangat

Setelah penat berkayuh..

Kita makan dulu!

Dalam Dewan untuk acara Lucky Draw dan menikmati makanan

Kita lihat siapa yang kena....

Saturday, March 31, 2012

Fun Ride Ronda Riadah~Health & Safety sempena Earth Hour~31/3/2012


Bersama didalam kayuhan Fun Ride Ronda Riadah,Health & Safety dan Earth Hour di Sutera Mall. Kami tak lepaskan peluang bergambar bersama artis-artis terkenal tanah air. Ramai riders yang turut serta dalam kayuhan ini, kami di iringi oleh kereta dan motor polis dari mula hingga akhir kayuhan kami. Cuaca sangat baik pada malam ini, 100% on road. Kami di beri tshirt,makanan ,minuman dan sticker "watch for cyclist" percuma.

Mengabadikan kenangan bersama penyanyi terkenal tanah air, Zainal Abidin

Bergambar dihadapan pentas
Bermacam-macam ragam dan gaya kami semua pada malam itu, bermacam-macam jenis basikal juga boleh dilihat pada malam ini. Setibanya kami disini Sutera Mall lampu dipadamkan selama satu jam untuk mengingati Earth Hour.

"Watch For Cyclist"

Bergambar bersama penyanyi-penyanyi yang anggun

Bergambar bersama pengasas Ronda Riadah, Tn.Hasbollah

Kenangan manis kami




Video Kami

https://www.facebook.com/photo.php?v=3674485182477&set=vb.1285370231&type=3&theater

Friday, March 30, 2012

JB Critical Mass/Ride of Silence~30/3/2012

JB Critical Mass/Ride of Silence dianjurkan bersama kelab KBC dari Kulaijaya untuk memperingati dan memungut derma di atas kehilangan seorang rider, disebabkan kemalangan sewaktu menunggang basikal. Bermula jam 9:00 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Baharu. 100% on road sejauh 15 km. Sambutan yang begitu meriah pada malam ini. Bersama-sama berkumpul memberi sokongan.


WJBR berkumpul beramai-ramai memberi sokongan dan sumbangan

Menyarungkan tshirt WJBR "Kenderaan Pastikan Jarak Selamat 1.5m" tanda memberi sokongan kepada bersama-sama berkongsi jalan dengan selamat

Berbasikal sambil menderma

Bergambar kenangan bersama team KBC Kulai Jaya

Yang turut serta

Bersedia untuk memulakan kayuhan

Riders yang turut serta memberi sokongan dan memeriahkan majlis

Dari segenap pelusuk Johor pengayuh-pengayuh hadir memberi sokongan dan sumbangan di acara ini. Semoga semua raiders akan lebih berhati-hati semasa berbasikal tak kira on road atau pun off road.

Mengira duit sumbangan derma untuk di dermakan kepada keluarga mangsa

                                     
Hasil sumbangan riders